Salam 1 Malaysia
PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 14 – 18 FEB 2012 JOHOR
Laporan hari pertama – 14 Feb 2012- Johor Bahru
Sesi 1 3-00 petang
Seramai 32 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer, jururulatih SPTS , guru-guru sekolah disekitar Kulaijaya serta 70 pemain sekita umur 9-12 tahun telah menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SK Bandar Putra. Kulaijaya, Johor Bahru
Sesi Latihan telah dikendalikan oleh Pengarah Teknikal FAM merangkap Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara En,Lim Kim Chon dan dibantu oleh Penolong beliau En.. Ibrahim Hj Mohamed, Jurulatih Penjaga Gol FAM En. Lim Chuan Chin, Ketua Jurulatih Remaja Kuala Lumpur En Razak Jaamadi serta Ketua Jurulatih Remaja Johor En. A.Mustaffa Ab. Rahim
Kesemua jurulatih dan pemain telah diperkenalkan dengan cara latihan memanaskan badan dengan betul serta latihan` ball feeling` sabelum latihan sebenar dimulakan.
Jurulatih dan pemain didedahkan dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan koordinasi tanpa bola bagi memantapkan kepantasan ,kekuatan dan keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan.
En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 7 jurulatih dan 6 pemain.Latihan-latihan gerak kerja kaki serta mengendalikan bola telah dijalankan
Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5
Sesi latihan berakhir pada pukul 6-15 petang
Sekian.Terimakasih.
Ibrahim Hj Mohamed
No comments:
Post a Comment