Saturday, May 21, 2011

Kerajaan kaji bina stadium khusus untuk bola sepak

2010/07/27

KOTA BHARU: Kajian akan dibuat bagi kemungkinan membina stadium khusus untuk bola sepak seperti yang diamalkan di negara maju, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, ia bukan saja dapat mengurangkan kos penyelenggaraan sesebuah stadium tetapi juga bagi membiasakan pemain dengan konsep padang bola sepak sebenar yang tidak berkongsi dengan pelbagai acara sukan lain.
“Ia adalah antara kajian yang diambil kira kementerian dalam agenda pembangunan sukan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10," katanya selepas merasmikan Karnival Red Wariors di sini malam tadi.
Pada majlis itu, beliau turut menandatangani sijil Malaysia Book of Records kerana kejayaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memperkenalkan produk sendiri berkaitan sukan bola sepak.

Selain itu, Ahmad Shabery berkata, kerajaan juga bercadang mewujudkan akademi bola sepak di setiap daerah untuk melatih generasi muda dalam sukan berkenaan.

“Setakat ini kita telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara, yang membabitkan pihak berkaitan seperti Kementerian Pelajaran, FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan media,“ katanya.

Katanya, kerajaan memerlukan RM50 juta setahun untuk mengendalikan program akademi berkenaan. - Bernama

Thursday, May 19, 2011

PBNS wujudkan jawatankuasa pembangunan

Khamis, 19 Ogos 2010
Source: Bernama


SEREMBAN, (Bernama) - Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mewujudkan jawatankuasa pembangunan bola sepak dalam usaha melahirkan bakat muda yang boleh dijadikan pemain pelapis untuk menyertai pasukan Negeri Sembilan pada masa depan.

Menteri Besar yang juga presiden PBNS Datuk Mohamad Hasan berkata keputusan untuk mewujudkan jawatankuasa ini dicapai pada mesyuarat jawatankuasa pengurusan dan kewangan PBNS baru-baru ini.

"Meneliti perkembangan bola sepak negeri ini kita dapati kita mesti mempunyai program pembangunan bola sepak. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PBNS Datuk Mat Ali Hassan," katanya di sini, hari ini.

Mohamad berkata di antara program yang dicadangkan ialah mengadakan pertandingan liga di peringkat umur 16 tahun, 18 tahun dan Piala Presiden.

"Kita juga mahu menubuhkan semula sekolah Tunas Harapan di seluruh negeri ini. Kalau kita dapat mengenal pasti 20 ke 30 buah sekolah untuk dijadikan sekolah Tunas Harapan yang menumpukan kepada bola sepak, InsyaAllah kita akan dapat bakat muda yang akan boleh dijadikan sebagai pemain pelapis untuk menyertai pasukan Negeri Sembilan pada masa depan," katanya.

Katanya jawatankuasa ini telah diberikan mandat untuk merangka satu program jangka panjang yang menumpukan kepada pembangunan bola sepak.

"Di sini kita akan wujudkan jurulatih dan pakar bola sepak untuk menjalankan tugas tersebut. Kita harap jawatankuasa ini akan dapat mengemukakan kertas cadangan mereka secepat mungkin. Program ini merupakan program komprehensif dari peringkat akar umbi (sekolah)," katanya.

Katanya program ini yang turut mendapat sokongan penuh kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri akan dimulakan awal tahun depan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata PBNS berhasrat untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain berkaliber untuk mengisi posisi tengah dan penyerang bagi persiapan skuad Rusa musim depan.

"Perancangan itu sudah diputuskan dalam mesyuarat PBNS baru-baru ini dan usaha itu akan dilakukan sebaik tirai saingan musim ini berakhir," katanya.

Wednesday, May 11, 2011

Skuad Bola Sepak Bawah 15 tahun Malaysia Dijemput Berlatih Di Slovakia

11 Mei 2011

PETALING JAYA: Skuad bawah 15 tahun kebangsaan dijemput untuk menimba pengalaman dengan mengadakan latihan di Slovakia tahun depan, kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Beliau berkata, undangan kepada FAM itu merupakan penghargaan ke atas kejayaan skuad kebangsaan menjulang Piala AFF-Suzuki baru-baru ini.

"FAM melihat perkara ini sebagai satu peluang terbaik untuk pemain muda mendapat pendedahan di luar negara. Kita harap penyertaan itu akan memberi hasil yang baik suatu hari nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal FAM di sini, Selasa.

Sebelum ini, FAM pernah menghantar skuad bawah 21 tahun beraksi di Liga Slovakia pada Februari hingga Mei tahun lepas untuk mempelajari dan mendapatkan sebanyak mungkin pengetahuan serta pengalaman bermain di liga peringkat tinggi negara itu.

Tengku Abdullah berkata, mesyuarat hari ini turut membincangkan mengenai kedudukan jurulatih dalam skuad kebangsaan.

Beliau berkata FAM memutuskan untuk memberi peluang kepada jurulatih skuad Olimpik Ong Kim Swee membimbing skuad bawah 23 tahun kebangsaan untuk menghadapi Sukan SEA di Indonesia pada November depan.

"Kita bukan hanya memberi peluang kepada Ong sebaliknya beliau perlu membuktikan kemampuannya dalam membimbing skuad bawah 23 tahun kebangsaan untuk kekal sebagai juara pada sukan SEA Indonesia," katanya.

Menurutnya, ketua jurulatih kebangsaan, K.Rajagobal akan diberikan tanggungjawab yang lebih besar untuk membimbing skuad negara mempertahankan kejuaran Piala AFF-Suzuki dan menjulang Piala Asia 2011.

Tengku Abdullah berkata, beliau turut mencadangkan supaya jawatankuasa baru ditubuhkan bagi menguruskan pencarian bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak di seluruh negara.

"Kalau boleh kita ingin mencontohi Jepun yang mempunyai lebih daripada 200,000 pemain muda yang bakal menjadi pelapis kepada pemain lama," katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan bertindak untuk memilih bakat-bakat baru seawal usia sembilan tahun dari peringkat akar umbi.

"Bagi menjayakan program ini, FAM berharap sekolah-sekolah akan memperbanyakan lagi kejohanan bola sepak agar dapat melahirkan lebih ramai pemain muda yang benar-benar berbakat," katanya. - BERNAMA

sumber : http://mstar.com.my/variasi/sukan/cerita.a...sec=mstar_sukan

Friday, May 6, 2011

Carta Program Pembangunan Bola Sepak Negara

Carta yang diterima pakai oleh KPM/KBS/FAM ini melibatkan perlantikan Pengarah Teknikal, Ketua Pembangunan Remaja Kebangsaan, Penyelaras Pasukan Kebangsaan dan Ketua Jurulatih Remaja Negeri.

Mesyuarat JKPS Siri Ke 15 Bilangan 01/2011




Laporan Pelaksanaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS)Siri ke 15 Bilangan 01/2011 pada 06 Mei 2011 jam 930 pagi di Bilik Persidangan Jabatan Perdana Menteri. JKPS yang dipengerusikan oleh YAB TPM antara lain telah membincangkan keperluan penyaluran bantuan penyelenggaraan kepada pusat-pusat latihan yang terlibat dan kaedah peruntukan masa akan datang. JKPS juga telah bersetuju dengan struktur pelaksanaan program dan logo program.

Fend for yourself

Fend for yourself
Football teams can get help from private sector
HARESH DEOL
Thursday, May 5th, 2011 06:53:00
PUTRAJAYA: Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hit the right note by indirectly throwing a challenge to local football teams to manage their own stadiums.


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Despite their success in the past, big teams like Perak, Selangor and Negri Sembilan rent stadiums from the local councils for their home matches.
However, Johor FC are the only team in the Super League to own and maintain the JCorp Stadium in Johor Bahru.

Sadly, most stadiums and sports facilities built by the government are poorly maintained as evident by the plastered courts at Juara Stadium in Bukit Kiara, the delay of the re-turfing works at the National Hockey Stadium in Bukit Jalil and the leaking roof at Putra Stadium in Bukit Jalil.

Even football fields managed by the local councils, including Selayang Stadium and PJ Stadium, suffer the same fate.

"Let's face facts, when the government tightens the budget sports will be the first to suffer. The government will need money to focus on other pressing matters like health care and education. It is high time that we stop expecting grants and funds from the government.

"This is where the private sector can help. Look at Arsenal's home venue the Emirates Stadium. It's sponsored by a Middle Eastern airline company. We should be looking at that direction so that teams can then generate income from such facilities," added Ahmad Shabery.

Ahmad Shabery added that golf courses in the country are good examples as most are run privately and offer excellent services to enthusiasts.

He was met after Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak launched the Sports Industry website www.sid.my at the Prime Minister's Department yesterday.

Also present were deputy sports minister Gan Ping Sieu and Group chief executive officer of Redberry Datuk Siew Ka Wei. Seven corporations are involved in the Malaysian Sports Industry Partnership Programme (PRISMA) for the Sports Industry Year 2011/2012 to be launched on July 27.

The companies are Redberry, Telekom Malaysia, Westports Malaysia, Media Prima, The Mines, Berjaya Hotels and Nestle.

The sports industry in Malaysia generated RM30.2 billion towards the country's 2009 Gross Domestic Product, with total export and import valued at RM836.1 million and RM812.2 million respectively.