Friday, March 2, 2012

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 14 – 18 FEB 2012 JOHOR

Salam 1 Malaysia;

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  14  – 18 FEB 2012 JOHOR


Laporan hari kedua – 15 Feb 2012- Johor Bahru


Sesi 1,   7-30 pagi

Sesi sabelah pagi hanya dihadiri oleh jurulatih sahaja. Kesemua jurulatih telah diperkenalkan dengan cara latihan memanaskan badan, menimang bola serta latihan ball feeling sabelum latihan sebenar dimulakan.

 

Jurulatih telah didedahkan dengan latihan latihan hantaran leret serta latihan permainan kecil 4 v 4  dan 5 v 5 berlandaskan konsep tiga segi dan konsep bentuk Diamond. Ini bagi memastikan setiap pergerakan pemain dalam satu unit sentiasa mempunyai " Width dan Depth"

En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 7 jurulatih .Latihan-latihan gerak kerja kaki serta mengendalikan bola telah dijalankan

Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5

 

Sesi 2, 11.00 pagi

Sesi teori telah dijalankan di bilek mesyuarat sekolah. Kesemua peserta telah diperkenalkan dengan tajuk- tajuk Peranan dan Tanggung jawab Jurulatih

 

Sesi 3 – 3.00 petang

Kesemua 30 jurulatih telah diminta untuk mengendalikan sesi latihan bersama 80 pemain-pemain

Bawah umur 9 hingga 12 tahun. Penilaian terhadap jurulatih dilakukan berdasarkan cara kendalian dan kawalan setiap sesi latihan

 

En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 7 jurulatih .Latihan-latihan asas tangkapan bola telah dijalankan

Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5

 

Sesi latihan berakhir pada pukul 6-15 petang

 

Sekian.Terimakasih.

Ibrahim Hj Mohamed

No comments:

Post a Comment