Monday, July 29, 2013

KEPUTUSAN : 2013 SAITAMA INTERNATIONAL JUNIOR FOOTBALL TOURNAMENT DI SAITAMA, JEPUN


Tahniah buat pemain-pemain pasukan Projek 2019 yang bertanding di kejohanan 2013 Saitama International Junior Football Tournament kerana telah menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Saitama South FC dalam penentuan tempat ke-3 / 4. Kejayaan ini mengulangi pencapaian tahun 2012 oleh pasukan yang dibentuk melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara dalam kejohanan yang sama pada tahun lalu.

Pasukan Projek 2019 telah menjadi johan peringkat kumpulan setelah menewaskan Aichi FC dengan jaringan 1-0. Gol tunggal pasukan dijaringkan oleh pemain dari MyKids Soccer Sabah iaitu Mohd Nasip Mohd Zain. Perlawanan kedua peringkat kumpulan pula menyaksikan pasukan Projek 2019 sekadar seri 1-1 dengan pasukan Ciba FC dengan gol dijaringkan oleh pemain Mykids Soccer Kuala Lumpur, Hafizuddin Ismail.

Pasukan Projek 2019 seterusnya layak ke peringkat suku akhir dan berjaya menewaskan Okinawa FC dengan jaringan 2-0. Gol-gol dijaringkan oleh 2 penyerang berbakat iaitu Mohd Nasip dan Hafizzudin. Nasib tidak menyebelahi pasukan bawah 11 tahun Malaysia ini apabila tewas di peringkat separuh akhir kepada  Tokyo FC dengan jaringan 1-2. Gol tunggal telah dijaringkan oleh penerima Anugerah Penyerang terbaik di Kejohanan Cappy Cup Croatia 2013 yang lalu iaitu, Luqman Hakim Shamsuddin daripada Mykids Soccer Kelantan.

Namun begitu semangat pasukan ini tidak pernah luntur dan akhirnya menebus kekalahan diperingkat separuh akhir dengan menewaskan Saitama South FC untuk penentuan tempat ke-3. Johan tahun ini milik pasukan bawah 12 tahun Thailand yang menewaskan Tokyo FC pada perlawanan akhir. Syabas diucapkan kepada semua pemain dan pegawai pasukan. Semoga Program Pembangunan Bola Sepak Negara ini terus menggilap bakat-bakat muda untuk masa depan bola sepak negara.


"Ke Arah Kecemerlangan Sukan"



Wednesday, July 24, 2013

2013 SAITAMA INTERNATIONAL JUNIOR FOOTBALL TOURNAMENT

Pasukan Projek 2019
(2013 Saitama International Junior Football Tournament)

Unit Bola Sepak, Cawangan Pelapis di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara telah menghantar pasukan bola sepak di bawah 12 tahun untuk bertanding dalam kejohanan seperti yang tersebut di atas pada bulan Julai 2012 yang lalu di Saitama, Jepun. Pasukan kita telah berjaya menduduki tempat ketiga daripada 24 pasukan yang bertanding.

Susulan daripada itu, pasukan Projek 2019 sekali lagi dijemput bagi menyertai kejohanan 2013 Saitama International Junior Football Tournament yang berlangsung pada 23 hingga 29 Julai 2013 di Saitama, Jepun. Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga telah mengesahkan penyertaan pasukan kepada pihak penganjur. Kejohanan ini juga disertai pasukan bola sepak negara lain seperti Thailand, Korea, Amerika Syarikat, Mexico, Russia dan Jerman.


Pengarah Teknikal merangkap Ketua Pembangunan Bola Sepak Remaja Kebangsaan, En. Lim Kim Chon mencadangkan untuk menghantar pasukan Projek 2019 (di bawah 11 tahun) ke kejohanan seperti yang tersebut di atas sebagai persiapan membentuk pasukan bagi Kejohanan Piala Dunia Remaja Bawah 17 Tahun pada tahun 2019. Berikut adalah maklumat tentatif program pasukan Projek 2019:-

Bil.
Program

Tarikh
(i)
Latihan pusat di MSN, Bukit Jalil dan Akademi Bola Sepak Negara Gambang


13 – 22 Julai 2013
(ii)
Kejohanan 2013 Saitama International Junior Football Tournament di Saitama, Jepun


23 – 28 Julai 2013
(iii)
Perjalanan balik pasukan
29 Julai 2013

SKUAD PROJEK 2019
SIKH IZHAN NAZREL BIN SIKH AZMAN (GK)
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD KAIRONNISAM
MUHAMMAD ADAM NADZMI BIN ZAMRI
IMAN SHAH BIN ANUAR
MUHAMMAD ADAM RIFQI BIN MAHFUZ
LEE SZU MIN
AIZAD EMIR BIN AHMAD FUAD
MOHAMMAD ALIAS BIN ALAN
LUQMAN HAKIM BIN SHAMSUDIN
MOHD NASIP BIN MOHD ZAIN
MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAMLI
HAFIZUDDIN BIN MOHD ISMAIL
ALIF DANIEL BIN ABD. AZIZ
MOHD MUKHAIRI AJMAL BIN MAHADI
MUHAMAD AFIQ AIMAN BIN MOHD TAMIZI
MUHAMMAD ASMAN ASRUL BIN SULKARNAIN
ARIF AIMAN BIN MOHD HANAPI
MUHAMMAD ZULHAZRIZAL BIN MOHD ZUHER (GK)
Pihak Admin akan mengemaskini laporan pasukan dari Saitama dari semasa ke semasa. Selamat Maju Jaya kepada pasukan Projek 2019...Ke Arah Kecemerlangan Sukan.