PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 14 – 18 FEB 2012 JOHOR
Laporan hari ketiga – 16 Feb 2012- Johor Bahru
Sesi 1, 7-30 pagi
Sesi sabelah pagi hanya dihadiri oleh jurulatih sahaja. Kesemua jurulatih telah diperkenalkan dengan cara latihan menerima dan mengawal bola.serta latihan latihan dalam situasi permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5
En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 7 jurulatih .Latihan-latihan asas menangkap bola leret dan lambung telah dijalankan
Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5
Sesi 2, 11.00 pagi
Sesi teori telah dijalankan di bilek mesyuarat sekolah. Kesemua peserta telah diperkenalkan dengan tajuk- tajuk Peranan dan Tanggung jawab Jurulatih
Sesi 3 – 3.00 petang
Kesemua 30 jurulatih telah diminta untuk mengendalikan sesi latihan bersama 80 pemain-pemain
Bawah umur 9 hingga 12 tahun. Penilaian terhadap jurulatih dilakukan berdasarkan cara kendalian dan kawalan setiap sesi latihan
En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 7 jurulatih .Latihan-latihan asas tangkapan bola telah dijalankan
Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5
Sesi latihan berakhir pada pukul 6-15 petang
Sekian.Terimakasih.
Ibrahim Hj Mohamed
No comments:
Post a Comment