Salam 1 Malaysia,
PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 09 OKT – 12 OKT 2011
Laporan hari Ketiga – 11 Okt 2011- N.Sembilan
Sesi 1 7-30 pagi
PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 09 OKT – 12 OKT 2011
Laporan hari Ketiga – 11 Okt 2011- N.Sembilan
Sesi 1 7-30 pagi
Seramai 12 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer dan jurulatih Program SPTS telah menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SK Seri Kelana , Seremban ini. Oleh kerana hujan turun dengan amat lebat Jurulatih hanya didedahkan dengan latihan teori fungsi pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan koordinasi bagi memantapkan kepantasan ,kekuatan dan keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan serta perlaksanaan teknik dalam latihan taktikal. Lawatan ke Sekolah Sukan Negeri SMK Zaaba di Kuala Pilah telah dijalankan pada pulul 11 pagi.
Sesi 2 jam 3-30 petang
Pemain telah dididik dengan latihan-latihan kawalan bola. Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 V 4 dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka
En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 3 jurulatih dan 10 pemain. Latihan-latihan , teknik
tangkapan serta teknik hantaran telah dipertingkatkan Sesi latihan berakhir pada pukul 6-45 petang
Sekian. Terima kasih.
Ibrahim Hj Mohamed
No comments:
Post a Comment