Monday, February 13, 2012

Kelab yang berdaftar dengan Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara

Sehingga 31 Disember 2011 sebanyak 10 buah kelab bola sepak persendirian telah membuat pendaftaran dengan pihak Unit Bola Sepak. Kelab-kelab ini akan diberi bantuan dari segi kepakaran kejurulatihan melalui penganjuran kursus-kursus kejurulatihan yang akan diadakan secara berkala oleh pihak Unit Bola.

Friday, February 3, 2012

Dengan Izin Astro Arena

YB Dato' Razali Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara telah di jemput sebagai tetamu program 'Dengan Izin' kelolaan Astro Arena.

Banyak soalan berkenaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara telah diutarakan oleh En. Rizal Hashim selaku pengelola program. YB Dato Razali telah menerangkan secara panjang lebar tentang pelaksanaan program.

Sesi ini dijangka akan ditayangkan di Astro Arena jam 1130 malam.