Monday, August 27, 2012

[TERKINI] Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak Bawah 10 Tahun di MSN Bukit Jalil

Seperti tuan / puan sedia maklum Unit Bola Sepak, Cawangan Pelapis di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara telah menghantar pasukan bola sepak bawah 10 tahun untuk bertanding dalam kejohanan Piala Cappy pada bulan Mei 2012 di Osijek, Crotia. Susulan daripada itu, bagi mencapai objektif dan kesinambungan Program Pembangunan Bola Sepak Negara, sesi latihan pusat pemain bawah 10 tahun akan diadakan pada 27 Ogos 2012 hingga 2 September 2012 sebagai persiapan membentuk pasukan bagi melayakkan diri ke Kejohanan Piala Dunia Remaja Bawah 17 Tahun yang akan berlangsung pada tahun 2019.

 

Seramai 72 pemain telah terpilih menghadiri sesi latihan tersebut. Sesi latihan pusat ini akan diketuai oleh En. Lim Kim Chon, Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara dan akan dibantu oleh jurulatih dan pegawai seperti yang berikut:


En. Ibrahim Mohamed – MSN (Pembantu Teknikal)

YM Raja Azlan Shah Raja So'ib – MSN (Ketua Jurulatih Pemantau)

En. Lim Chuan Chin – FAM (Jurulatih Penjaga Gol)

En. Razak Jamaadi – KJRN WP (Jurulatih)

En. Hazry Abdullah - KRJN Sarawak

En. Salimin Musneh - JSM Sabah


Perkembangan berkaitan latihan pusat ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekian, untuk makluman           


--
HARRIS TAUFIEQ ZAFRI
Penyelaras Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan