Monday, July 25, 2011

PERLAWANAN AKHIR LIGA REMAJA KPM-FAM (BAWAH B17 TAHUN)

Salam 1 Malaysia,

PERLAWANAN AKHIR LIGA REMAJA KPM-FAM (BAWAH B17 TAHUN)
Tempat : Stadium Langkawi, Kedah
Masa : 8-30 malam
Pasukan : SMK Tengku Anum (TATAR ) (Kedah) vs SMK Syed Hassan (Perlis)
Keputusan: SMK Tengku Anum 2 (Johan)
SMK Syed Hassan 1 (Naib Johan)

Perlawanan akhir Liga Remaja KPM-FAM bawah 17 tahun bagi tahun 2011 ini telah wakili oleh pasukan dari Utara Tanah Air iaitu SMK Tengku Anum (TATAR ) (Kedah) melawan SMK Syed Hassan (Perlis)

Perlawanan dijalankan dengan sengit dimana kedua-dua pasukan sering melakukan serangan balas. SMK Syed Hassan lebih banyak menguasai permainan dan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Ini menyebabkan permainan semakin bertambah keras dan akhirnya Kedah kehilangan 1 orang pemain akibat dilayangkan kad merah

Walau pun kekurangan 1 pemain SMK Tengku Anum berjaya bertahan dan membawa permainan ke tambahan masa setelah perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan disepanjang 90 minit perlawanan.

Dalam masa tambahan ini SMK Syed Hassan berjaya mendahului jaringan melalui tandukan penyerang Muhammad Amirul bin Husin.SMK Tengku Anum berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohammad Fareez Fitri Mohamad Iskandar. Diseparuh masa kedua tambahan masa SMK Tengku Anum berjaya menghasilkan gol kemenangan melalui jaringan penyerang Muhammad Shafiq Ahmad seterusnya menjuarai pertandingan perlawanan akhir Piala Liga Remaja KPM-FAM Bawah 17 tahun inidengan keputusan . SMK Tengku Anum (TATAR ) (Kedah) - 2 dan SMK Syed Hassan (Perlis) - 1

Laporan di sediakan oleh:
IBRAHIM HJ MOHAMED





No comments:

Post a Comment