Monday, July 25, 2011

LAPORAN PERTANDINGAN AKHIR PIALA KPM (B14)






Salam 1 Malaysia,


PERLAWANAN AKHIR LIGA PIALA MENTERI PELAJARAN MALAYSIA (B14)
Tempat : Stadium Langkawi, Kedah
Masa : 4-00 petang
Pasukan: SMK Bukit Nanas (Terengganu) vs SMK Seri Kota (Melaka)
Keputusan: SMK Bukit Nanas 2 (Johan)
SMK Seri Kota 1 (Naib Johan)

Perlawanan akhir Liga Piala Menteri Pelajaran Malaysia bagi tahun 2011 ini telah dilangsungkan dengan sengit dimana kedua-dua pasukan sering melakukan serangan balas. SMK Bukit Nanas lebih banyak menggunakan hantaran hantaran tinggi manakala SMK Seri Kota lebih banyak menyerang dengan hantaran hantaran leret.

Pada minit ke 12 separuh masa pertama SMK Seri Kota telah memulakan jaringan melalui penyerang Muhamad Haziq Iskandar. Pada separuh masa kedua SMK Bukit Nenas telah berjaya menyamai jaringan hasil tendangan penalti oleh penyerang mereka Mohd zarulizwan Bin Mazlan. Di minit-mint akhir perlawanan Mohd zarulizwan telah menjaringkan gol kemenangan buat SMK Bukit Nanas untuk menewaskan SMK Seri Kota dengan keputusan 2 - 1

Terima Kasih


IBRAHIM HJ MOHAMED

No comments:

Post a Comment

BERITA

Loading...