Monday, July 25, 2011

Maklumat Penjualan Tiket Malaysia Lawan Singapore

Penjualan tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk pra-Piala Dunia Mas v Sin
 
26 dan 27 Julai – 9 pagi hingga 7 malam.
28 Julai - 9 pagi hingga waktu rehat perlawanan
 
Penjualan tiket kepada penyokong Malaysia dan Singapura adalah seperti berikut:
 
Penyokong Singapura:
a.    Penjualan Tiket dan Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Biru.

Penyokong Malaysia
a.    Penjualan Tiket di Pintu Kuning dan Pintu Merah
b.   Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Merah.
 
Untuk makluman, tiket-tiket akan dijual secara online mulai Rabu, 20 Julai 2011.
 
Harga tiket adalah RM50 (tempat duduk utama), RM30 (tempat duduk terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara online boleh berbuat demikian melalui laman web berikut: www.tickethotline.com.my.
 
Selain itu, tiket-tiket juga akan dijual di beberapa lokasi lain seperti berikut:
 
26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam
 
Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama.
2.               2. Stadium Shah Alam. Di Pintu A.
Persatuan memohon kerjasama pihak media untuk menyiarkan maklumat di atas bagi memudahkan peminat-peminat bolasepak membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.
 
Sekian, terima kasih
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment