Wednesday, December 14, 2011

Kejohanan Champion Of Champions 2011: Laporan Harian






KEPUTUSAN PERLAWANAN (3 & 4) PERINGKAT KUMPULAN (KUMPULAN B)

13 DISEMBER 2011 / 3.45 PETANG

1. MSSM Kelantan v Terengganu (2 - 1)
2. MBPJ FC v Perlis (0 - 5)

Kedua-dua perlawanan di jalankan pada jam 3,45 petang di padang A dan B. Satu jam sebelum perlawanan di mulakan hujan lebat di sekitar venue pertandingan sebaik sahaja perlawanan akan dimulakan hujan mulai berhenti. Permukaan padang perlawanan basah dan sedikit berselut di beberapa tempat terutama padang B. Kedua-dua perlawanan berjalan dengan lancar dengan di saksikan sejumlah 50 orang peminat bola sepak sekitar bandar Muar.

Keputusan perlawanan berpihak kepada pasukan MSSM Kelantan dan Perlis.


KEPUTUSAN PERLAWANAN (5 & 6) PERINGKAT KUMPULAN (KUMPULAN A)

14 DISEMBER 2011 / 8.00 PAGI

1. Selangor v CIMB-YFA (0 - 1)
2. Kedah v MSSM P.Pinang (3 - 2)

Perlawanan di sebelah pagi berlangsung dengan begitu menarik di mana keempat-empat pasukan menginginkan kemenangan setelah masing-masing terikat dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan yang sebelumnya. Perlawanan yang paling mencuri tumpuan ialah perlawanan yang melibatkan pasukan Kedah dan MSSM Pulau Pinang. Ia ditambah dengan sokongan tambahan dari pasukan MSSM Kelantan yang memberikan sokongan kepada pasukan MSSM Pulau Pinang. Namun begitu kemenangan berpihak kepada pasukan Kedah yang memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2. Manakala satu lagi perlawanan telah dimenangi oleh pasukan kelab CIMB-YFA dengan keputusan 1-0 hasil sepakan penalti.

Dilampirkan jadual dan keputusan perlawanan untuk makluman.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment