Tuesday, December 13, 2011

Kejohanan Champion Of Champions 2011: Laporan Harian






12 Disember 2011 (Isnin)

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada jam 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat Hotel D99. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Mohd Shazli Shaik Mohd selaku Setiausaha Jawatankuasa Pengelola dan turut dihadir Tuan Haji Ahmad Fuad Daud selaku Pengarah Pertandingan yang memberi kan taklimat menyeluruh aspek teknikal kejohanan ini, wakil daripada PBNJ, wakil daripada MPM, Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) / wakil yang bertindak selaku Pengurus Pasukan dan penolong jurulatih bagi pasukan dari MyKids Soccer Kedah, Perlis, Selangor dan Terengganu. Pengurus pasukan dan Ketua jurulatih empat (4) pasukan jemputan CIMB-YFA, MBPJ FC, Kelantan (Johan MSSM), Pulau Pinang (Naib Johan MSSM). Mesyuarat telah bersetuju dengan pertukaran tarikh perlawanan pada sebelah petang. Dari jam 5.00 petang telah di pinda ke jam 3.45 petang bagi mengelakkan perlawanan di tunda ke keesokan harinya akibat cuaca hujan. Mesyuarat berjalan lancar dan berakhir dengan jamuan makan tengah hari.

Pihak urus setia membuat persiapan terakhir berkaitan aspek pengelolaan dan teknikal khususnya melibatkan persiapan padang dan kelengkapan pertandingan sebelum kejohanan dilangsungkan. Pihak Majlis Perbandaran Muar telah menyiapkan dua padang yang akan digunakan sebagai venue pertandingan. Khemah untuk kegunaan semasa pertandingan juga telah siap dipasang menjelang petang.

13 Disember 2011 (Selasa)

Dua perlawanan peringkat kumpulan A telah dijalankan pada jam 8.00 pagi melibatkan pasukan Pulau Pinang (Naib Johan MSSM) v Selangor dan CIMB-YFA vs Kedah. Kedua-dua perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Keadaan cuaca serta permukaan padang berada dalam keadaan baik. Terdapat segelintir peminat rata-rata dari kalangan ibu bapa pemain-pemain hadir memberi sokongan serta turut sama peminat bola sepak di sekitar Muar.

Pihak media 24-7 yang telah di lantik oleh MSN sebagai PR kepada kejohanan ini turut sama hadir menjalankan tugas.

Pada masa yang sama juga, pihak Teknikal yang diketuai oleh En. Lim Kim Chon selaku Pengarah Teknikal FAM dan En. Ibrahim serta En. Lim Chuan Chin melakukan pemantauan bagi memilih pemain-pemain berbakat untuk di pilih sebagai pemenang kepada Anugerah khas iaitu;-

1. Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir (pemilihan hanya pada perlawanan akhir)
2. Pemain Terbaik Kejohanan
3. Penjaring gol terbanyak
4. Pemain penyerang terbaik
5. Pemain tengah terbaik
6. Pemain pertahanan terbaik
7. Penjaga gol terbaik

Kesemua piala ini di sediakan oleh pihak Nestle.

laporan di sediakan oleh:
Shazlee

No comments:

Post a Comment