Monday, November 28, 2011

LAPORAN PENGELOLAAN KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERINGKAT KEBANGSAAN 2011- PERINGKAT SUKU AKHIR - 28 NOV 2011

28 NOV 2011 (ISNIN)

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR
8.00 PAGI

Empat pasukan iaitu Terengganu, Kedah, Selangor dan Perlis telah melayakkan diri ke Peringkat Suku Akhir Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011, Pasukan Kedah menewaskan Sabah dengan jaringan 4-1 manakala Selangor menewaskan Melaka 6-0. Dua lagi perlawanan bagi menentukan pasukan yang layak ke Peringkat Separuh Akhir terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Terengganu layak setelah menewaskan pasukan Kelantan melalui penentuan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 2-2 manakala pasukan Perlis menumpaskan pasukan tuan rumah, Perak juga melalui sepakan penalti 6-5 setelah terikat dengan keputusan 1-1.


JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR
3.00 PETANG

Padang A : Terengganu vs Kedah
Padang B : Selangor vs Perlis

Sekian, Laporan dari UTP, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak.

4 comments:

  1. Terima kasih banyak2 kepada semua yang terlibat dalam Program Mykids Soccer ni...semoga berjaya..

    taza liverpool - n sembilan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. harap program ini dapat diperluaskan maklumat pertandingannya, supaya ramai tahu apa yang sedang dipertandingkan.

    ReplyDelete
  4. please do contact our technical team for future competition.

    ReplyDelete