Monday, November 21, 2011
Laporan Pemantauan Dan Sesi Latihan Program Pembangunan Bolasepak Negara
Salam 1 Malaysia
PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 27 OKT – 30 OKT 2011
Laporan hari pertama – 26 Okt 2011- Bintulu,Sarawak
8-30 pagi
Lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu (Pusat Latihan Daerah Program SPTS) dijalankan. Mengadakan perbincangan bersama Pengetua sekolah En. Anand Subramaniam.Beliau berjanji akan memberikan segala kerjasama yang diperlukan dalam menjayakan program pembangunan bolasepak Negara yang dijalankan.
Pengarah Teknikal En Lim Kim Chon serta Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sarawak En Hazry Abdullah telah memberi pendedahan kepada Jurulatih dan pemain dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan
latihan koordinasi tanpa bola bagi memantapkan kepantasan , kekuatan dan keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan.
Lawatan ke Stadium Bintulu dan perjumpaan dengan presiden dan naib presiden bolasepak Bintulu juga diadakan dan kerjasama erat dapat dijalinkan dalam menjayakan program bolasepak negara
Sesi 2 jam 2-30 petang
Seramai 8 Jurulatih dan 30 pemain telah didedahkan dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan koordinasi tanpa bola bagi memantapkan kepantasan ,kekuatan dan keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan.
Latihan diakhiri dengan latihan kawalan dan menjaring gol.dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka.
En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 2 jurulatih dan 2 pemain. Latihan-latihan asas memanaskan badan dan teknik tangkapan telah diperkenalkan. Sesi latihan berakhir pada pukul 5-00 petang
Sekian. Terima kasih.
Ibrahim Hj Mohamed
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment