Thursday, November 24, 2011

Kejohanan MyKids Soccer 2011: Laporan 21hb






21 Nov 2011 (Isnin)

Pihak urus setia membuat persiapan terakhir berkaitan aspek pengelolaan dan teknikal khususnya melibatkan persiapan padang dan kelengkapan pertandingan sebelum kejohanan dilangsungkan mulai esok. Pihak pembekal yang dilantik juga telah memasang tiang gol di keempat-empat padang yang akan digunakan sebagai venue pertandingan. Khemah untuk kegunaan semasa pertandingan juga telah siap dipasang menjelang petang.

Tinjauan laluan juga turut dibuat dari UTP ke Hospital Batu Gajah bagi memudahkan proses mendapatkan rawatan di hospital sekiranya berlaku kes kecemasan yang perlu dirujuk ke hospital berkenaan. Perjalanan sejauh 15km mengambil masa lebih kurang sepuluh minit untuk sampai ke hospital.

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada jam 2.00 petang di Kompleks Sukan UTP. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Amreen Zaki Hj. Johar selaku Setiausaha Jawatankuasa Pengelola dan turut dihadir oleh wakil daripada FAM, wakil daripada PAFA, wakil daripada RELA, Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) / wakil yang bertindak selaku Pengurus Pasukan dan penolong jurulatih. Mesyuarat berjalan lancar dan diteruskan dengan Majlis Pengundian Pasukan bagi menentukan keahlian pasukan mengikut kumpulan A,B,C dan D untuk 14 pasukan yang mengambil bahagian.

Seterusnya pada jam 8.30 malam, diadakan mesyuarat dengan Ketua Jurulatih Remaja Negeri dan wakil untuk membincangkan serta mengambil tindakan bagi menyelesaikan perkara-perkara tertunggak melibatkan teknikal dan pentadbiran Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Sekian, dilaporkan aktiviti dan persiapan sebelum pertandingan dimulakan pada 23 Nov 2011.

No comments:

Post a Comment