Tuesday, November 29, 2011

LAPORAN PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - 29 NOV 2011 ( SEASA)











KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR DAN PERLAWANAN TEMPAT KETIGA & KEEMPAT
KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
8.30 PAGI

Perlawanan Akhir di antara Pasukan Kedah dan Perlis telah diadakan pada jam 8.30 pagi di Padang A, Universiti Teknologi Petronas (UTP). Perlawanan dimulakan selepas perarakan masuk bendera 'Fair Play' dengan menyaksikan kedua-dua pasukan saling membuat asakan ke arah pintu gol lawan masing-masing. Kedah akhirnya memperolehi gol pada separuh masa kedua. Keputusan kekal (1-0) sehingga masa penamat dengan Pasukan Kedah muncul sebagai Johan bagi kejohanan yang julung kali diadakan ini.

Perlawanan penentuan tempat Ketiga dan Keempat di antara Pasukan Selangor dan Terengganu juga telah diadakan serentak iaitu pada jam 8.30 pagi di padang B UTP. Pasukan Selangor telah menewaskan Terengganu dengan jaringan 3-0 untuk mendapat tempat Ketiga.

Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang iaitu Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd Junid Mohd Noor, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara. Keempat-empat pasukan yang berjaya layak ke Perlawanan Separuh Akhir Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011 secara automatik telah mengesahkan tempat untuk bertanding di dalam Kejohanan Champion of Champions yang akan diadakan di Muar, Johor pada pertengahan Disember 2011.

Sekalung tahniah kepada Pasukan Kedah yang telah muncul Juara dan juga kepada lain-lain pasukan yang mengambil bahagian dan memeriahkan pengelolaan Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011.

Sekian, laporan pengelolaan Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011.

1 comment: