Monday, November 28, 2011

LAPORAN PENGELOLAAN KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - 26 NOV 2011

HARI KEEMPAT - PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN (2 PERLAWANAN TERTUNDA)
26 NOV 2011 (SABTU)

Dua perlawanan peringkat kumpulan pada jam 5.00 petang yang telah dihentikan pada 25 Nov 2011 (Jumaat) telah dilangsungkan semula pagi ini melibatkan pasukan Selangor vs Sabah dari Kumpulan C dan Perlis vs Terengganu dari Kumpulan D. Di dalam perlawanan bagi menentukan Johan dan Naib Johan Kumpulan C, Selangor mengesahkan kedudukan untuk muncul selaku Johan Kumpulan C apabila menewaskan Sabah dengan jaringan (3-1). Manakala Terengganu muncul sebagai Naib Johan Kumpulan D mengiringi pasukan Perlis setelah ditewaskan dengan jaringan (3-1).

Pada masa yang sama juga, pihak Teknikal (En. Ibrahim dan En. Lim Chuan Chin) telah mengelolakan satu klinik penjaga gol yang disertai oleh seorang (1) jurulatih penjaga gol serta dua (2) penjaga gol dari setiap pusat latihan dan ujian kemahiran untuk 10 pasukan (kecuali Perlis, Terengganu, Selangor dan Sabah kerana terlibat dengan perlawanan ulangan). Setiap pasukan diminta untuk menamakan emapt (4) pemain untuk mengikuti sesi ujian kemahiran ini yang melibatkan lima (5) teknik iaitu shooting, receiving, passing, dribbling dan juggling.

Sekian, laporan perlawanan peringkat kumpulan dari UTP.


JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR
27 NOV 2011 ( AHAD)

Perlawanan Peringkat Suku Akhir yang akan dilangsungkan pada 27 Nov 2011 (Ahad) akan diawalkan masa daripada jadual asal pada jam 5.00 petang kepada jam 4.30 petang disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu dan sering hujan lebat pada lewat petang.

Merujuk kepada Perlawanan Suku Akhir Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011, berikut adalah jadual perlawanan :-

Padang A : Kelantan vs Terengganu
Padang B : Kedah vs Sabah
Padang C : Selangor vs Melaka
Padang D : Perlis vs Perak

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment