Tuesday, October 25, 2011

Laporan Pemantauan Dan Sesi Latihan Program Pembangunan Bolasepak Negara

Salam 1 Malaysia

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  19 OKT  – 22 OKT 2011

Laporan hari Keempat – 22 Okt 2011- Kota Bahru, Kelantan

Sesijam 7-30 pagi
Seramai 8 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer serta 16 pemain penjaga gol My Kid Soccer menghadiri sesi latihan yang
dijalankan di SK Kubang Kerian 1, Kota bahru.

2 sesi latihan dijalankan pada sebelah pagi ini:
8.00 - 9.30  pagi murid tahun 3 dan 4 seramai 30 pemain
9.30 -11.30 pagi murid tahun 5 dan 6 seramai 30 pemain
Penjaga gol seramai 16 pemain

Jurulatih didedahkan dengan melatih pemain dalam permainan kecil 5 v 5.Diakhir setiap sesi pemain didedahkan dengan latihan menjaringkan gol. Kesemua jurulatih telah dinilai dari segi penyediaan organisasi latihan, penerangan, pengawasan dan pembetulan kesilapan.

Sesi latihan berakhir pada pukul 11-30 pagi

Yang amat menarik di SK Kubang Kerian1 ini terdapat 3 pasangan kembar
yang menghadiri sesi latihan.

Sesi latihan petang dibatalkan kerana hujan dan keadaan padang yang amat becak.

Sekian.Terima kasih.


Ibrahim Hj Mohamed


No comments:

Post a Comment