Salam 1 Malaysia.
PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 09 OKT – 12 OKT 2011
Laporan hari Keempat – 12 Okt 2011- N.Sembilan
Sesi 1 7-30 pagi
En,Lim Chuan Chin telah mengendalikan sesi penjaga gol bersama kesemua jurulatih. Mereka telah didedahkan dengan cara yang betul aktiviti penjaga gol memanaskan badan dan regangan. Teknik teknik tangkapan dan tendangan juga telah diperkenalkan
Sesi 2 jam 3-30 petang
Pemain telah dididik dengan latihan-latihan hantaran dan mengawal bola dalam situasi permainan kecil serta teknik menjaringkan gol.
En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 3 jurulatih dan 10 pemain. Latihan-latihan , teknik tangkapan menjunam dan mengecilkan ruang telah dipertingkatkan
Perlawanan persahabatan antara pemain tahun 5 melawan pemain tingkatan 1 Sekolah Sukan Negeri telah dijalankan bagi menilai semangat juang pemain serta menilai hasil latihan yang telah dijalankan. Amat membanggakan pemain tahun 5 ini telah bermain dengan baik dan hanya tewas dengan jaringan 0 – 1 walaupun hanya dilatih selama 3 hari sahaja.
Syabas diucapkan dan kita melihat masa depan bolasepak Malaysia yang amat cerah.

Sesi latihan berakhir pada pukul 6-45 petang
Sekian. Terima kasih.
Ibrahim Hj Mohamed
No comments:
Post a Comment