Thursday, July 26, 2012

[2012 Saitama International Junior Football Tournament U12] Hari Pertama ( Ketibaan Pasukan di Bumi Matahari Terbit )

Salam Ramadhan dari Saitama,


Sepertimana makluman, pasukan bolasepak bawah 12  tahun Negara akan menyertai Kejohanan 2012 Saitama International Junior Football Tournament yang akan dijalankan seperti berikut :


Tarikh : 24 hingga 30 Julai 2012


Venue : Saitama, Jepun


Penyertaan : 18 pemain, 3 jurulatih, 1 fisio dan 1 pegawai


Pasukan bergerak dari Malaysia pada tarikh 23 Julai 2012 dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH 0088 dari Kuala Lumpur menuju ke Narita, Jepun tepat pada jam 12.00 tengah malam. Setelah menempuh penerbangan sejauh 3338 batu dan selama 7 jam dan 10 minit perjalanan, akhirnya pasukan tiba di Lapangan terbang Narita, Tokyo pada 24 Julai 2012 pada jam 7.10 pagi. Sepanjang perjalanan pesawat bergelora akibat dari cuaca yang tidak menentu. Syukur alhamdullilah pasukan selamat tiba di bumi Tokyo.Kami disambut mesra oleh Mr Toma Tatsuyuki yang bertindak selaku wakil dari Jawatankuasa Penganjur. Kami juga turut disambut oleh Pn Faridah yang akan bertindak selaku LO pasukan Malaysia sepanjang tempoh kami berada di Jepun. Untuk makluman, Pn Faridah telah menetap selama 25 tahun di Jepun dan dengan pengalaman beliau diharapkan pasukan tidak akan menghadapi masalah sepanjang berada di Jepun.  Dengan suhu mencecah 20 darjah celcius para pemain kelihatan gembira dan bersemangat bagi menghadapi kejohanan ini.


Ia mengambil masa selama kurang lebih dari 1 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Narita ke hotel penginapan pasukan yang terletak di Saitama iaitu Urawa Washington Hotel, Takasago. Tetapi kami terpaksa menunggu sehingga ke jam 3.00 petang untuk cek in masuk ke hotel penginapan memandangkan persiapan bilik – bilik yang dijalankan oleh pihak hotel. Untuk makluman waktu di Jepun adalah cepat selama 1 Jam berbanding waktu di Malaysia. Saitama yang memiliki kepadatan penduduk kurang lebih 1,231,880 orang dan terletak kurang lebih 30 kilometer ke utara pusat Bandar Tokyo merupakan home grown bagi kelab bolasepak sensasi Jepun iaitu Urawa Reds yang telah muncul sebagai johan Liga J pada tahun 2006 dan Juara Piala AFC pada tahun 2007. Selain daripada itu, Saitama juga turut terpilih sebagai salah satu venue untuk Kejohanan Piala Dunia pada tahun 2002 di Stadium Saitama dan jika pasukan Malaysia layak beraksi di perlawanan akhir, perlawanan akhir tersebut akan diadakan di padang utama Stadium tersebut. 


Pada hari pertama ketibaan, tiada sebarang aktiviti dijalankan oleh pihak penganjur memandangkan hari ini merupakan traveling day bagi setiap pasukan yang akan menyertai kejohanan ini. Jurulatih mengarahkan para pemain untuk berehat memandangkan keletihan akibat dari perjalanan yang jauh. Para pemain dilihat sukar untuk menyesuaikan diri dengan makanan di Jepun. Mujurlah pasukan membawa bekalan makanan dari Malaysia. Dijangka sebanyak 6 pasukan jemputan dan 9 pasukan dari Jepun akan beraksi dalam kejohanan ini. Pada sebelah malamnya para pemain diberikan taklimat oleh jurulatih berkaitan dengan jadual pada 25 Julai 2012 dimana kami akan bergerak ke Bandaraya Asaka dan  para pemain  akan mengikuti program penyerahan kepada keluarga angkat Jepun dan akan menghadapi perlawanan persahabatan bersama pasukan dari Asaka . Pegawai dan Jurulatih pasukan juga akan disediakan penginapan di Asaka Daily Hotel, Asaka pada hari esok sebelum cek in semula di Urawa Washington Hotel, Takasago pada 26 Julai 2012. Untuk rekod, perlawanan akan bermula pada 27 Julai 2012. 


Sekian sahaja laporan dari Saitama Jepun. Nantikan laporan pada hari kedua kejohanan.


Terima kasih.

 

MOHD FAIRUL FADZLI BIN AHMAD MUZNI
Pengurus Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan (Bawah 12 Tahun)
2012 Saitama International Junior Football Tournament U12

2 comments:

  1. Bila ETA di KLIA itu ah pasukan Malaysia

    ReplyDelete
  2. Salam 1 Malaysia,

    Berikut merupakan jadual balik pasukan bawah 12 tahun Malaysia:-

    DEPARTURE: MONDAY 30 JUL
    MALAYSIA AIRLINES MH 0089

    Duration: 07hr(s) :15min(s)

    NRT TOKYO NARITA, JAPAN
    Departing At: 10:30am
    Terminal: TERMINAL 2

    KUL KUALA LUMPUR, MALAYSIA
    Arriving At: 4:45pm
    Terminal: MAIN TERMINAL

    Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut pihak tuan boleh menghubungi Encik Harris, Penyelaras Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan yang bertugas di Unit Bola Sepak, Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara di talian 013-2774774 atau email ke harristz.cp@gmail.com.

    Terima kasih

    ReplyDelete