Tuesday, June 14, 2011

Pertandingan Piala Dato MS Maniam, Kapar Kelang



Salam 1 Malaysia


Pertandingan Bolasepak Bawah 12 Tahun peringkat Sekolah Tamil seluruh Malaysia yang dikenali dengan Piala Dato` MS Maniam telah diadakan pada 10 & 11 Jun 2011 bertempat di Padang Bola TNB Kapar, Klang, Selangor

Pertandingan ini dianjurkan bersama oleh Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia (MIYDF dan Persatuan Bolasepak India Malaysia (MIFA)

Sebanyak 20 buah sekolah rendah Tamil seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan tersebut dengan bilangan penyertaan seramai 400 pemain peringkat umur 12 tahun.

Piala ini telah masuk tahun ke-6 kejohanan yang mana ianya mula dipertandingkan semenjak tahun 2006 lagi. Juara bawah 12 tahun peringkat negeri di pilih melalui kejohanan sekolah-sekolah Tamil peringkat negeri yang berlangsung pada bulan Mac 2011.

Kejohanan Piala Dato` MS Maniam akan diadakan setiap tahun di mana ia akan dianjurkan secara bergilir untuk setiap negeri.

Setiap pasukan telah disyaratkan mempunyai jurulatih berkelayakan minima lesen B.

Kejohanan yang telah dianjurkan oleh pihak M.I.F.A diwujudkan adalah bertujuan sebagai satu platform mengenalpasti bakat-bakat muda dari kalangan pemain-pemain berketurunan Hindu di peringat negeri amnya serta khususnya peringkat negara.

SJK(T) Sg Renggam,Shah Alam,Selangor berjaya menjadi Johan Pertandingan dengan menewaskan SJK (T) Jalan Haji Manan, Kluang , Johor dengan keputusan 1 -0


Terima kasih

Laporan di sediakan oleh:-
IBRAHIM HJ MOHAMED

6 comments:

  1. kejohanan peringkat apa ne??

    ReplyDelete
  2. Pertandingan Antara Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan..

    ReplyDelete
  3. Admin ada gambar yg lain ? Mcm mana nak tgk?

    ReplyDelete
  4. O..Tq..sya cikgu yg bawa team JOhor ni.tak sempat nk ambil gambar sendiri, kene minta dr org lain plak..

    ReplyDelete
  5. ohh yeke.. kami pun tahu competition ne lambat so yang p tgk tak bawak cameraman..next time la.. blog ne baru sahaja dibaut utk promo program bola sepak di bawah JK Pembangunan Bola sepak

    ReplyDelete