Secara dasarnya isu-isu yang timbul sebelum ini dapat disampaikan secara terus dan mendapat sokongan penuh daripada pihak KPM dan JPN sendiri. Beberapa jalan penyelesaian telah dibincangkan dan pihak-pihak yang berkenaan dapat bekerjasama dalam membantu melancarkan pelaksanaan program ini. Antara isu-isu yang dibangkitkan ialah:-
- Unit Teknikal memohon untuk membuat pemantauan ke atas Sukan Sekolah Negeri (SSN) dan Pusat Latihan Daerah (PLD).
- KPM perlu membantu dalam proses permohonan kemasukan pemain-pemain MyKids Soccer bawah 12 tahun ke SSN dan PLD.
- Isu pelepasan Jurulatih Separuh Masa (JSM) dikalangan guru dan murid-murid yang terpilih ke sesi latihan, bengkel atau kursus yang berkaitan.
- Pihak urusetia juga memohon agar pemain-pemain yang telah mewakili negara ke Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun di Saitama, Jepun seramai 25 pemain akan diserapkan ke Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang manakala pemain lagi dihantar ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, Johor.
- Berkaitan program 1 Murid 1 Sukan yang dilaksanakan oleh KPM, pihak teknikal memohon agar murid / pemain yang berada di dalam Mykids Soccer - Program Pembangunan Bola Sepak Negara dikecualikan dari sukan lain.
Diakhir sesi taklimat, Pn. Ee Hong telah mencadangkan satu sesi taklimat Urusetia Unit Bola Sepak bersama PT Negeri dan Penyelaras Unit Sukan KPM diadakan agar program ini dapat difahami secara menyeluruh oleh pihak yang terlibat bagi memastikan keberkesanan program ini memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak negara.
HARRIS TAUFIEQ ZAFRI
Penyelaras Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan
No comments:
Post a Comment