Tuesday, May 8, 2012

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKIDS SOCCER DAN PROGRAM SPTS DINEGERI PERAK, P.PINANG, KEDAH DAN PERLIS PADA 02 – 22 APR 2012

Salam 1 Malaysia

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKIDS SOCCER DAN PROGRAM SPTS  DINEGERI  PERAK, P.PINANG, KEDAH DAN PERLIS PADA  02 – 22 APR 2012

 

Tujuan sesi pemantauan ini dilakukan adalah seperti berikut:

 

1.               Menilai kualiti kerja serta tahap pengurusan Ketua jurulatih Ramaja Negeri

2.               Menilai kemahiran mengajar setiap penolong jurulatih

3.               Menilai tahap pengurusan semasa latihan

4.               Menilai tahap pengurusan kemudahan

5.               Mengenal pasti dan cuba membantu menyelesaikan kelemahan yang ada

6.               Menilai tahap dan peningkatan kemahiran setiap pemain

7.               Memastikan setiap modul latihan dilaksanakan dengan betul

8.               Melawat dan member penerangan program kepada Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri

 

3hb April – 6 April 2012 – SK Tasik Damai , Ipoh, Perak


Seramai  8 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer serta 98 pemain sekita umur 8-12 tahun telah menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SK  Tasik Damai , Ipoh, Perak


Sesi Latihan telah dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Remaja Negeri Perak, YM Raja Azlan Shah  dan di pantau olih Pengarah Teknikal FAM merangkap Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara En,Lim Kim Chon dan dibantu oleh Penolong beliau En.. Ibrahim Hj Mohamed dan Jurulatih Penjaga Gol FAM En. Lim Chuan Chin,


Sepanjang lawatan di SK Tasik Damai latihan-latihan berikut telah dijalankan:


  1. Ujian kemahiran
  2. Latihan koordinasi
  3. Latihan hantaran
  4. Latihan menerima bola
  5. Latihan mengawal bola
  6. Latihan permainan "Konsep Diamond "
  7. Permainan kecil 6 v 6 ,7 v 7 , 8 v 8
  8. Latihan penjaga gol

 

Lawatan ke sekolah Sukan Negeri SMK Gunung Rapat telah diadakan pada  4hb April 2012. Perbincangan dengan pengetua sekolah Puan Rahimah telah dijalankan berhubung program pembangunan bolasepak Negara

 

Mesyuarat  bersama Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak , En Meor Shahriman Meor Ahmad Kasri telah diadakan di Pejabat Majlis Sukan Negeri bertujuan memantapkan perlaksanaan program pembangunan bolasepak  Negara di Perak

 

Seramai 6 pemain bawah 10 tahun  telah dikenal pasti untuk disenaraikan dalam sesi pemilihan pasukan bawah 10 tahun Negara yang akan dijalankan pada 23 hingga 28 April di Kuala Terengganu. Pasukan ini akan bertanding di Kejohanan Piala Cappy Cup di Osijek, Croatia pada 25hb Mei 2012 nanti

 

 

Ibrahim Hj Mohamed

No comments:

Post a Comment