Tuesday, September 13, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS






Salam 1 Malaysia,

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 04 SEP – 5 NOV 2011

Laporan Hari Ke Tujuh 11hb Sept 2011 diPulau Pinang:
Program bermula jam 4 petang. Keadaan padang basah kerana hujan sepanjang hari/

Penilaian Ketua jurulatih dibuat berdasarkan persiapan pelan
latihan,penerangan kepada penolong jurulatih serta pembahagian tugasan
kepada penolong jurulatih.

Penolong jurulatih dinilai dari segi organisasi latihan, penerangan
kepada pemain, tunjuk ajar perisian latihan, pembetulan dan ansur maju
latihan.Seramai 86 pemain terlibat didalam sesi ini.

Jurulatih penjaga gol telah dinilai oleh Encik Lim Chuan Chin dengan
Latihan asas penjaga gol
Seramai 10 penjaga gol terlibat didalam sesi ini

Latihan ditamatkan dengan permainan kecil 5 v 5 dan kesemua jurulatih
telah dinilai berdasarkan cara pengendalian sesi latihan, pembetulan
dan pemahaman pemain


--



*IBRAHIM HJ MOHAMED

2 comments:

  1. sekira pemain baru bawah 12 tahun lewat daftar adakah masih layak untuk diuji bakat.....wright 11 yrs 0128774621

    ReplyDelete
  2. boleh berhubung dengan ketua jurulatih negeri atau pak brahim di email ibrahimmohamed.cp@gmail.com

    ReplyDelete