Salam 1 Malaysia,
PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 04 SEP – 5 NOV 2011
Laporan hari Kedua – 22hb Sep 2011- Perlis
Sesi 1 jam 7-30 pagi
Seramai 16 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer dan jurulatih Program SPTS telah menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SK
Kubang Gajah, Perlis ini. Jurulatih didedahkan dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan koordinasi bagi memantapkan kepantasan ,kekuatan dan keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan.
Sesi 2 jam 11-00 pagi
Sesi kuliah telah dijalankan di Kolej Komuniti Arau. Kesemua jurulatih telah diberi penerangan tentang Program Pembangunan
Bolasepak Negera. Dan diberi pemahaman berhubung hala tuju, struktur program dan sistem latihan peringkat umur yang akan dijalankan antara Mykid Soccer dan Program SPTS
Sesi 3 jam 3-30 petang
Pemain telah dididik dengan asas `ball mastery ,ball feeling` serta asas kawalan bola. Latihan diakhiri dengan permainan kecil 5 V 5 dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka
En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 5 jurulatih dan 6 pemain. Latihan-latihan , teknik tangkapan serta teknik hantaran telah dipertingkatkan. Sesi latihan berakhir pada pukul 6-45 petang
Terima kasih
IBRAHIM HJ MOHAMED
No comments:
Post a Comment