Friday, September 23, 2011

Pemantauan Dan sesi Latihan Program Pembangunan Bolasepak Negara



Salam 1 Malaysia,

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  04 SEP  – 5 NOV 2011

Laporan hari Pertama – 21hb Sep 2011- Perlis

Latihan dimulakan jam 4-00 petang
Seramai 36 pemain dan 21 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer dan jurulatih Program SPTStelah menghadiri sesi latihan yang
dijalankan di SK Kubang Gajah, Perlis ini. Sesi latihan dikendalikan oleh En Lim Kim Chon, Pengarah Teknikal FAM, En Lim Chuan Chin Jurulatih Penjaga gol FAM/MSN dan Rn.Ibrahim Hj Mohamed Pembantu Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara

Latihan dimulakan dengan mendidik pemain tentang cara sempurna pemakaian peralatan sukan seperti boot dan cara ikatan supaya tidak mendatangkan kecederaan serta memberi impak semasa menjalani latihan atau pertandingan
Pemain juga dididik dengan asas juggling seterusnya latihan latihan koordinasi tanpa bola dan bersama bola bagi memantapkan imbangan badan serta agiliti dan kekuatan pemain

Latihan diakhiri dengan permainnan kecil 5 V 5 dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu
kejurulatihan mereka En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 5 jurulatih dan    6 pemain. Latihan-latihan memanahaskan badan, teknik tangkapan serta teknik hantaran telah diajarkan

Sesi latihan berakhir pada pukul 6-45 petang

Terima Kasih

*IBRAHIM HJ MOHAMED

No comments:

Post a Comment