Thursday, November 24, 2011

Kejohanan MyKids Soccer 2011: Laporan 21hb






21 Nov 2011 (Isnin)

Pihak urus setia membuat persiapan terakhir berkaitan aspek pengelolaan dan teknikal khususnya melibatkan persiapan padang dan kelengkapan pertandingan sebelum kejohanan dilangsungkan mulai esok. Pihak pembekal yang dilantik juga telah memasang tiang gol di keempat-empat padang yang akan digunakan sebagai venue pertandingan. Khemah untuk kegunaan semasa pertandingan juga telah siap dipasang menjelang petang.

Tinjauan laluan juga turut dibuat dari UTP ke Hospital Batu Gajah bagi memudahkan proses mendapatkan rawatan di hospital sekiranya berlaku kes kecemasan yang perlu dirujuk ke hospital berkenaan. Perjalanan sejauh 15km mengambil masa lebih kurang sepuluh minit untuk sampai ke hospital.

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada jam 2.00 petang di Kompleks Sukan UTP. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Amreen Zaki Hj. Johar selaku Setiausaha Jawatankuasa Pengelola dan turut dihadir oleh wakil daripada FAM, wakil daripada PAFA, wakil daripada RELA, Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) / wakil yang bertindak selaku Pengurus Pasukan dan penolong jurulatih. Mesyuarat berjalan lancar dan diteruskan dengan Majlis Pengundian Pasukan bagi menentukan keahlian pasukan mengikut kumpulan A,B,C dan D untuk 14 pasukan yang mengambil bahagian.

Seterusnya pada jam 8.30 malam, diadakan mesyuarat dengan Ketua Jurulatih Remaja Negeri dan wakil untuk membincangkan serta mengambil tindakan bagi menyelesaikan perkara-perkara tertunggak melibatkan teknikal dan pentadbiran Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Sekian, dilaporkan aktiviti dan persiapan sebelum pertandingan dimulakan pada 23 Nov 2011.

Tuesday, November 22, 2011

Job Well Done Harimau Muda



Malam tadi, pasukan Harimau Muda negara berjaya memenangi Ibu Segala Pingat di Temasya Sukan Sea 2011, Indonesia apabila berjaya mengalahkan pasukan tuan rumah 4-3 melalui sepakan penalti. Tahniah kepada seluruh pasukan semoga kejayaan ini membakar semangat pemain-pemain muda MyKids Soccer yang sedang berkampung di UTP Perak untuk kejohanan MyKids Soccer 2011.




Monday, November 21, 2011

Kejohanan MyKids Soccer 2011

Selamat datang kepada semua pasukan negeri MyKid Soccer ke Kejohanan MyKids Soccer 2011. Hari ini 13 pasukan telahpun mendaftarkan diri di Universiti Teknologi Petronas.

Kejohanan yang dilaksanakan buat julung kalinya dibawah inisiatif Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara bagi membolehkan pasukan teknikal yang diketuai oleh Pengarah Teknikal En. Lim Kim Chon mengenalpasti kelemahan pasukan-pasukan yang baru melakukan latihan di negeri-negeri. Selamat bertanding semua.

Update

Sebanyak 14 pasukan telahpun melapurkan diri melibatkan seramai 280 pemain dan 70 orang jurulatih. Mesyuarat Pengurus pasukan akan diadakan petang ini 22hb jam 2.30 petang manakala perlawanan pertama di jangka akan diadakan esok 23hb. Perlawanan akhir dijadualkan akan di adakan pada 30hb nanti dan 4 pasukan teratas akan terpilih ke kejohanan Champion of Champions yang akan diadakan pada 9-18 Disember nanti.


PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 26 OKT – 30 OKT 2011

Salam 1 Malaysia,

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  26 OKT  – 30 OKT 2011

Laporan hari keempat – 29 Okt 2011- Kuching,Sarawak

Sesi 1:  jam 7-30 pagi
Seramai 8 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer serta 80 pemain tahun 5 dan tahun 6 telah menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SMK Tabuan Jaya, Kuching ini.

En Lim Kim Chon telah memperkenalkan pelbagai jenis latihan kawalan bola dengan teknik yang betul dan bersesuaian mengikut peringkat umur. Latihan ditingkatkan dengan latihan menukar arah dan diakhiri dengan
permainan kecil 5 v 5.

En.Lim Chuan Chin bersama 12 pemain serta 1 jurulatih penjaga gol menjalankan latihan-latihan hantaran leret dan lambung. Latihan ini ditingkatkan tahapnya bersesuaian mengikut peringkat umur pemain

Sesi 2:  jam 2-30 petang
Seramai 80 pemain telah didedahkan dengan permainan kecil 5 v 5. Setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi latihan permainan kecil 5 v 5 ini.Selain menilai prestasi pemain jurulatih juga telah dinilai dari segi pengendalian sesi latihan seperti berikut:

1.      Organisasi latihan
2.      Cara menunjuk ajar
3.      Cara melaksanakan sesi
4.      Cara pemerhatian sesi
5.      Cara pembetulan kesilapan
6.      Cara meningkatkan ansur maju latihan
7.      Cara mengakhiri latihan

Sesi latihan berakhir pada pukul 5-00 petang

Sekian. Terima kasih.

Ibrahim Hj Mohamed

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 26 OKT – 30 OKT 2011

Salam 1 Malaysia.

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  26 OKT  – 30 OKT 2011

Laporan hari ketiga – 28 Okt 2011- Kuching,Sarawak

Sesi 1:  jam 8-30 pagi
Lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tabuan Jaya  (Sekolah Sukan Negeri Program SPTS) dijalankan. Mengadakan perbincangan bersama Pengetua sekolah En. Hassan.Beliau berjanji akan memberikan segala
kerjasama yang diperlukan dalam menjayakan program pembangunan bolasepak Negara yang dijalankan.

Sesi 2:  jam 2-30 petang
Seramai 8 Jurulatih dan 60 pemain telah didedahkan dengan pelbagai jenis latihan latihan koordinasi, hantaran, kawalan bola dan latihan mengelecek.  Latihan diakhiri dengan latihan menjaring gol.dan setiap jurulatih
diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka

En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 2 jurulatih dan 2 pemain. Latihan-latihan teknik tangkapanserta latihan ketahanan telah diperkenalkan.

Sesi latihan berakhir pada pukul 5-00 petang

Sesi 3:  jam 8-30 malam
Perbincangan bersama Naib Presiden Bolasepak Sarawak En. Razali  serta Setiausaha Eksekutif SAFA Encik Andeng telah dijalankan.Kesemua mereka berjanji akan memberikan kerjasama dalam menjayakan program
pembangunan bolasepak Negara ini.

Sekian. Terima kasih.

Ibrahim Hj Mohamed

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 27 OKT – 30 OKT 2011


Salam 1 Malaysia.

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  26 OKT  – 30 OKT 2011

Laporan hari kedua – 27 Okt 2011- Kuching ,Sarawak

Sesi 2 jam 2-30 petang
Seramai 8 Jurulatih dan 280 pemain telah berhimpun di Sekolah Kebangsaan Bandar Samariang Encik Ibrahim Hj Mohamed telah memberikan taklimat serta sesi soal jawab kepada kesemua ibu bapa yang hadir berhubung program yang sedang dijalankan.Kerjasama dari kesemua ibu bapa amat positif dan berjanji akan memberikan sokongan padu bagi menjayakan program ini.

Encik Lim Kim Chon selaku Pengarah Kejurulatihan telah membahagikan bilangan pemain yang besar ini kepada 3 kumpulan:-

 27 Okt petang – kumpulan A  tahun 1 dan 2
 28 Okt petang -  kumpulan B  tahun 3 dan 4
 29 Okt pagi     -  kumpulan C  tahun 5 dan 6
 29 Okt petang -  kumpulan C  tahun 5 dan 6

Kesemua pemain tahun 1 dan 2 telah didedahkan dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan  koordinasi tanpa bola bagi memantapkan kepantasan ,kekuatan dan keseimbangan pemain semasa
melaksanakan rutin latihan

Latihan diakhiri dengan latihan kawalan dan menjaring gol.dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka

En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 1 jurulatih dan 12 pemain. Latihan-latihan asas memanaskan badan dan  teknik tangkapan telah diperkenalkan.

Sesi latihan berakhir pada pukul 5-30 petang

Sekian. Terima kasih.

Ibrahim Hj Mohamed

Laporan Pemantauan Dan Sesi Latihan Program Pembangunan Bolasepak Negara



Salam 1 Malaysia

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 27 OKT – 30 OKT 2011

Laporan hari pertama – 26 Okt 2011- Bintulu,Sarawak

8-30 pagi
Lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu (Pusat Latihan Daerah Program SPTS) dijalankan. Mengadakan perbincangan bersama Pengetua sekolah En. Anand Subramaniam.Beliau berjanji akan memberikan segala kerjasama yang diperlukan dalam menjayakan program pembangunan bolasepak Negara yang dijalankan.

Pengarah Teknikal En Lim Kim Chon serta Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sarawak En Hazry Abdullah telah memberi pendedahan kepada Jurulatih dan pemain dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan
latihan koordinasi tanpa bola bagi memantapkan kepantasan , kekuatan dan keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan.

Lawatan ke Stadium Bintulu dan perjumpaan dengan presiden dan naib presiden bolasepak Bintulu juga diadakan dan kerjasama erat dapat dijalinkan dalam menjayakan program bolasepak negara

Sesi 2 jam 2-30 petang
Seramai 8 Jurulatih dan 30 pemain telah didedahkan dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan koordinasi tanpa bola bagi memantapkan kepantasan ,kekuatan dan keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan.

Latihan diakhiri dengan latihan kawalan dan menjaring gol.dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka.

En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 2 jurulatih dan 2 pemain. Latihan-latihan asas memanaskan badan dan teknik tangkapan telah diperkenalkan. Sesi latihan berakhir pada pukul 5-00 petang

Sekian. Terima kasih.

Ibrahim Hj Mohamed