Sunday, November 18, 2012

[KEPUTUSAN] PERLAWANAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MYKIDS SOCCER 2012 | KANGAR, PERLIS

Kangar - Berikut adalah keputusan terkini kejohanan bagi kedua - dua kategori yang telah berlangsung pada 17 November 2012:-

Bawah 10 Tahun

KUMP.
PERLAWANAN
Keputusan
Perlawanan
A
Johor
mln
Kelantan
1-4
C
Selangor
mln
Kuala Lumpur
1-5
B
Negeri Sembilan
mln
Pulau Pinang
2-3
B
Sabah
mln
Perlis
0-2
D
Kedah
mln
Sarawak
9-0
D
Terengganu
mln
Perak
4-2

Photo Credit : Mykids Soccer Perlis @
















Bawah 12 Tahun

KUMP.
PERLAWANAN
Keputusan
Perlawanan
A
Kedah

Faiz Faizal ‘5
Amir Hamzah ‘6
Amar Hafifi ‘9
Alif Rafiq ‘26

mln
Pulau Pinang






4-0

B
Perlis

Wan Mohd Fikri
’19 ‘ 24 ‘ 36 & ‘54

mln
Projek 2019




4-0
B
Sarawak




mln
Kelantan

Asyraf Hanif ‘22
Aniq Arami ‘29

0-2
C
Selangor

Syafiq Ridzuan ‘31
Faris Kamardin ‘56

mln
Negeri Sembilan




2-0
C
Kuala Lumpur

Akhmal Ashwin ‘21

mln
Melaka

Aidil Izuddin ‘ 26
Haidi Hafiq ‘29

1-2
D
Terengganu

Arif Syaqirin ‘31
Isa Raman ’41 & ‘ 58

mln
Perak

G. Ravindran ‘9


3-1
D
Sabah

Ahmad Afiq ‘ 31

mln
Pahang

Mukhairi Ajmal  ‘35

1-1

Photo Credit : Mykids Soccer Perlis @




































Pihak Admin memohon maaf kepada semua peminat dan penyokong kerana kelewatan memuatnaik keputusan perlawanan. Terima kasih atas sokongan anda dan terus bersama kami untuk keputusan seterusnya. Terima kasih.

Saturday, November 17, 2012

Friday, November 16, 2012

JADUAL KEJOHANAN MYKIDS SOCCER PERLIS 2012 (BAWAH 12 TAHUN)

[Klik jadual untuk paparan]

Berikut adalah jadual perlawanan terkini bagi pasukan bawah 12 tahun yang menyertai Kejohanan Mykids Soccer Perlis 2012. Kepada peminat-peminat dan penyokong pasukan yang terlibat boleh menyaksikan perlawanan secara langsung di venue-venue seperti yang dinyatakan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan secara langsung, pihak admin akan mengemaskini keputusan bagi setiap perlawanan yang telah berlangsung. Jadual perlawanan bagi pasukan bawah 10 tahun akan dimuatnaik dalam jangkamasa terdekat ini. 

MARI BERSAMA-SAMA UNTUK MENYAKSIKAN KEHEBATAN PASUKAN-PASUKAN SECARA LANGSUNG DI VENUE-VENUE KEJOHANAN MYKIDS SOCCER 2012 | PERLIS!!!

Monday, November 12, 2012

KEJOHANAN MYKIDS SOCCER 2012 | KANGAR, PERLIS



Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis akan menganjurkan Kejohanan Mykids Soccer 2012 yang merupakan edisi kedua setelah kejayaan kejohanan kali pertama yang telah dilaksanakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak pada 21-30 November 2011. Matlamat utama pengelolaan kejohanan adalah untuk memperbanyakkan pengelolaan kejohanan khususnya di peringkat akar umbi melibatkan pelajar di bawah umur 10 dan 12 tahun di samping menilai keberkesanan program latihan yang dilaksanakan di peringkat negeri di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2012 akan dianjurkan di Perlis yang merupakan juara Kejohanan Champion of Champions 2011 di Muar, Johor. Kejohanan kali ini akan disertai oleh 14 pusat latihan di setiap negeri dan Pasukan Projek 2019 (Bawah 10 Tahun) yang melibatkan penyertaan pasukan bawah 10 dan 12 tahun. Keseluruhan 462 peserta yang terdiri daripada 210 pemain dari kategori bawah 10 tahun dan 252 pemain di bawah 12 tahun serta 112 jurulatih. Setiap pusat latihan terdiri daripada 33 pemain (15 pemain bawah 10 tahun dan 18 pemain bawah 12 tahun) dan diiringi 8 jurulatih (1 Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN), 1 jurulatih penjaga gol dan 6 penolong jurulatih). Empat (4) pasukan bawah 12 tahun yang terbaik daripada kejohanan ini (pasukan yang layak ke separuh akhir) secara automatik akan layak ke Kejohanan Champion of Champions 2012 di Kuala Terengganu, Terengganu.

Pihak admin akan mengemaskini jadual pertandingan dalam masa terdekat ini dan akan melaporkan keputusan dan kedudukan terkini setiap pasukan pada kejohanan ini nanti...

NANTIKAN DAN SAKSIKAN AKSI PEMAIN-PEMAIN CILIK INI  !!!




Saturday, October 20, 2012

SSB Patriot Wakili Indonesia Ke Champion of Champions Malaysia

SSB Patriot Wakili Indonesia Ke Champion of Champions Malaysia
Fityan mengakui pihaknya bangga bisa ikut dalam ajang ini.
Nina Rialita, Medan
16 Okt 2012 05:55:00

SSB Patriot Medan (GOAL.com/Nina Rialita)

Sekolah Sepakbola (SSB) Patriot Medan akan mewakili Indonesia dalam turnamen Champion of Champions U-12 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Dalam event yang akan digelar pada 1-9 Desember 2012, selain SSB Patriot Medan juga ada SSB Aramura Papura Barat. Keduanya diundang oleh Majlis Sukan Negara Malaysia.

Manajer SSB Patriot Fityan Hamdy menjelaskan, pihaknya bangga bisa ikut dalam ajang ini. Karena, bagi SSB yang berlokasi di Jalan Air Bersih No 114 Medan, ini kali pertama melakoni pertandingan di luar negeri.

Dia mengatakan, undangan resmi diterima pihaknya dari Majlis Sukan Negara Malaysia pada 9 Oktober 2012.

"Kami bangga bisa ikut serta dalam turnamen ini. Dan, bagi kami ini merupakan hal yang sangat positif dari pihak Majlis Sukan Negara Malaysia yang sudah mengundang kami. Terlebih bisa mengikuti turnamen yang sepakbolanya saat ini lebih maju dari Indonesia," ujarnya kepada GOAL.com Indonesia, Minggu (14/10) sore.

Fityan menegaskan, pihaknya tidak akan sekadar ikut dan menambah pengalaman timnya.

"Undangan ke kami ini, berarti kami dipercaya. Untuk itu kami tidak akan sekadar ikut tapi punya target untuk mencapai partai puncak, bagaimanapun kami juga akan membawa nama Indonesia," ungkap mantan sekretaris tim PSMS di ISL 2011/12 ini.

SSB Patriot yang merupakan semi-finalis Danone Cup kualifikasi Medan 2012 ini, akan diperkuat 18 pemain. Muhammad Aryo dkk akan dilatih Syahril WP dan pelatih kiper Rifo Buwono serta Chief de Mission, Hendra DS.

"Selain 18 pemain, dua pelatih dan 4 ofisial, kami akan berangkat bersama beberapa orang tua anak-anak. Karena mereka [orang tua] ingin ikut untuk juga membantu menjaga anak-anak yang usianya masih sangat muda," tuturnya.

Fityan menambah, sesuai hasil rapat manajemen SSB bersama orang tua, tim akan berangkat pada 29 November.

"Agenda awal, kami harusnya berangkat 30 November atau sehari sebelum tanding pada 1 Desember. Namun, ketua umum [Hendra DS]  inginkan anak-anak bisa punya recovery yang cukup sebelum tanding," bebernya.

"Ini momen yang berharga buat anak-anak. Kami harapkan bisa bertanding dengan maksimal dan mencapai target," pungkasnya. (gk-38)

Thursday, October 4, 2012

HARIMAU MUDA B KE TURKI

KUALA LUMPUR - Bukan Slovakia atau Brazil seperti yang diuar-uarkan sebelum ini menjadi destinasi skuad belia negara khususnya Harimau Muda A, sebaliknya Pusat Latihan Antalya, Turki yang bakal menyambut Harimau Muda B mulai pertengahan November ini. Dengan meneruskan matlamat untuk menjadikan skuad bawah 19 tahun itu sebagai pembekal pemain kebangsaan, mereka bakal ke sana selama sebulan dan dijadualkan menghadapi enam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara, Dato' Razali Hj. Ibrahim berkata, kem latihan dan enam perlawanan itu bertujuan pendedahan memandangkan pusat latihan Antalya turut menempatkan beberapa lagi pasukan bawah umur negara lain dan tuan rumah.

"Penghantaran pasukan ini turut akan meneruskan matlamat menjadikannya (skuad Harimau Muda) sebagai pembekal pemain kebangsaan," kata Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa di Bangunan Parlimen di sini, semalam.

Difahamkan siri persahabatan itu turut melibatkan pasukan belia Norway di samping dua lagi pasukan yang akan dikenalpasti kelak dan kemungkinan sebuah pasukan bawah 19 tahun Turki sendiri. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato' Azzuddin Ahmad menjelaskan, cadangan ke Slovakia tidak dapat diteruskan kerana tarikhnya berada di luar musim liga dan tiada pasukan yang dapat mengesahkan bagi perlawanan persahabatan.

"Rancangan ke Brazil seperti yang disebut-sebut sebelum ini cuma satu undangan melawat sebuah pusat latihan bola sepak di sana yang terletak 350 kilometer dari Sao Paolo dan bukannya tawaran bermain dalam mana-mana liga mereka (bagi Harimau Muda A atau B)," jelasnya. Kata Razali, matlamat Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang dikendalikan jawatankuasanya kini diperluaskan kepada mencapai kelayakan ke pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 dan 20 Tahun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 2019.

"Terdapat 1,647 pemain di bawah program ini yang berada di Pusat Latihan Daerah di kesemua 14 negeri dan kami akan cuba melantik tambahan 98 jurulatih baru selain membuka dua pusat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

"Sebanyak 90 peratus daripada mereka, akan ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar dan Gambang, Kuantan. Mereka bakal dikecualikan bermain sukan lain supaya khusus kepada bola sepak sahaja," katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121003/su_03/Harimau-Muda-B-ke-Turki



Wednesday, October 3, 2012

TAKLIMAT URUSETIA UNIT BOLA SEPAK BERSAMA KETUA UNIT SUKAN, JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN)

Pulau Pinang - Satu sesi taklimat Urusetia Unit Bola Sepak bersama Ketua Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) telah diadakan pada 29 September 2012 di Pusat Kecemerlangan Sukan Pulau Pinang. Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pengarah Teknikal FAM merangkap Ketua Pembangunan Bola Sepak Remaja Kebangsaan, En. Lim Kim Chon telah menyampaikan taklimat berkenaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara kepada semua yang hadir.

Secara dasarnya isu-isu yang timbul sebelum ini dapat disampaikan secara terus dan mendapat sokongan penuh daripada pihak KPM dan JPN sendiri. Beberapa jalan penyelesaian telah dibincangkan dan pihak-pihak yang berkenaan dapat bekerjasama dalam membantu melancarkan pelaksanaan program ini. Antara isu-isu yang dibangkitkan ialah:-

- Unit Teknikal memohon untuk membuat pemantauan ke atas Sukan Sekolah Negeri (SSN) dan Pusat Latihan Daerah (PLD).
- KPM perlu membantu dalam proses permohonan kemasukan pemain-pemain MyKids Soccer bawah 12 tahun ke SSN dan PLD.
- Isu pelepasan Jurulatih Separuh Masa (JSM) dikalangan guru dan murid-murid yang terpilih ke sesi latihan, bengkel atau kursus yang berkaitan.
- Pihak urusetia juga memohon agar pemain-pemain yang telah mewakili negara ke Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun di Saitama, Jepun seramai 25 pemain akan diserapkan ke Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang manakala  pemain lagi dihantar ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, Johor.
- Berkaitan program 1 Murid 1 Sukan yang dilaksanakan oleh KPM, pihak teknikal memohon agar murid / pemain yang berada di dalam Mykids Soccer - Program Pembangunan Bola Sepak Negara dikecualikan dari sukan lain.

Diakhir sesi taklimat, Pn. Ee Hong telah mencadangkan satu sesi taklimat Urusetia Unit Bola Sepak bersama PT Negeri dan Penyelaras Unit Sukan KPM diadakan agar program ini dapat difahami secara menyeluruh oleh pihak yang terlibat bagi memastikan keberkesanan program ini memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak negara.


--
HARRIS TAUFIEQ ZAFRI
Penyelaras Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan