Monday, November 12, 2012

KEJOHANAN MYKIDS SOCCER 2012 | KANGAR, PERLIS



Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis akan menganjurkan Kejohanan Mykids Soccer 2012 yang merupakan edisi kedua setelah kejayaan kejohanan kali pertama yang telah dilaksanakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak pada 21-30 November 2011. Matlamat utama pengelolaan kejohanan adalah untuk memperbanyakkan pengelolaan kejohanan khususnya di peringkat akar umbi melibatkan pelajar di bawah umur 10 dan 12 tahun di samping menilai keberkesanan program latihan yang dilaksanakan di peringkat negeri di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Kejohanan MyKids Soccer Peringkat Kebangsaan 2012 akan dianjurkan di Perlis yang merupakan juara Kejohanan Champion of Champions 2011 di Muar, Johor. Kejohanan kali ini akan disertai oleh 14 pusat latihan di setiap negeri dan Pasukan Projek 2019 (Bawah 10 Tahun) yang melibatkan penyertaan pasukan bawah 10 dan 12 tahun. Keseluruhan 462 peserta yang terdiri daripada 210 pemain dari kategori bawah 10 tahun dan 252 pemain di bawah 12 tahun serta 112 jurulatih. Setiap pusat latihan terdiri daripada 33 pemain (15 pemain bawah 10 tahun dan 18 pemain bawah 12 tahun) dan diiringi 8 jurulatih (1 Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN), 1 jurulatih penjaga gol dan 6 penolong jurulatih). Empat (4) pasukan bawah 12 tahun yang terbaik daripada kejohanan ini (pasukan yang layak ke separuh akhir) secara automatik akan layak ke Kejohanan Champion of Champions 2012 di Kuala Terengganu, Terengganu.

Pihak admin akan mengemaskini jadual pertandingan dalam masa terdekat ini dan akan melaporkan keputusan dan kedudukan terkini setiap pasukan pada kejohanan ini nanti...

NANTIKAN DAN SAKSIKAN AKSI PEMAIN-PEMAIN CILIK INI  !!!




3 comments:

  1. Assalam, bila nk update latest info. Harap kemaskini. kejohanan dah bermula.terima kasih

    ReplyDelete
  2. Tolong Update kedudukan pasukan..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas sokongan. keputusan perlawanan semalam telah diupdate

    ReplyDelete