Thursday, November 29, 2012

CHAMPION OF CHAMPIONS | TERENGGANU 2012



CHAMPION OF CHAMPIONS (COC) adalah salah satu inisiatif Program Pembangunan Bola Sepak Negara merupakan acara kemuncak bagi kejohanan - kejohanan peringkat umur bawah 12 tahun, yang mengumpulkan juara – juara dari kejohanan bola sepak bawah 12 tahun di seluruh negara yang diiktiraf oleh FAM dan persatuan bola sepak negeri.Edisi pertama COC telah diadakan pada 11 – 18 Disember 2011 di Muar, Johor yang melibatkan 8 buah pasukan. Pasukan Mykids Soccer Perlis adalah juara COC 2011 setelah menewaskan pasukan MSSM Kedah pada perlawanan akhir. Empat pasukan teratas dari Kejohanan Mykids Soccer 2012 (Bawah 12 Tahun) yang telah di adakan di Perlis pada 16 hingga 23 November 2012 yang lalu iaitu PERLIS (Johan), KUALA LUMPUR (Naib Johan), KEDAH (ke-3) & TERENGGANU (Ke-4) layak secara automatik ke COC 2012

Bagi kejohanan edisi ke-2 ini akan dilangsungkan pada 1 hingga 10 Disember 2012, bertempat di KOMPLEKS SUKAN NEGERI TERENGGANU, GONG BADAK, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU. Pengajuran kejohanan kali ini juga mendapat kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Pasukan-pasukan yang akan bertanding adalah seperti berikut:

KUMPULAN A : 
MYKIDS PERLIS, SABAH, KIDDO KICKERS SOCCER MELAKA, PATRIOT MEDAN INDONESIA
KUMPULAN B :
MYKIDS K.LUMPUR, MYKIDS TERENGGANU, CIMB-YFA, FIRST TOUCH PAHANG
KUMPULAN C : 
MYKIDS KEDAH, MSST TERENGGANU, PROJEK 2019, AKADEMI PBNS NEGERI SEMBILAN


Kepada peminat-peminat dan penyokong-penyokong pasukan yang bertanding boleh merujuk kepada jadual perlawanan untuk menyaksikan perlawanan langsung di venue-venue yang ditetapkan. Admin akan mengemaskini keputusan perlawanan dari masa ke masa.

1 comment: