Tuesday, May 8, 2012

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKIDS SOCCER DAN PROGRAM SPTS DINEGERI PERAK, P.PINANG, KEDAH DAN PERLIS PADA 02 – 22 APR 2012

Salam 1 Malaysia.

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKIDS SOCCER DAN PROGRAM SPTS  DINEGERI  PERAK, P.PINANG, KEDAH DAN PERLIS PADA  02 – 22 APR 2012

 

 

8hb April – 11 April 2012 – Padang Polo , Pulau Pinang

Seramai  8 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer serta 68 pemain sekitar umur 8-12 tahun telah menghadiri sesi latihan yang dijalankan di Padang Polo, Pulau Pinang.


Sesi Latihan telah dikendalikan oleh kesemua penolong Jurulatih pusat latihan Mykid Soccer  Pulau Pinang dan di pantau olih Pengarah Teknikal FAM merangkap Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara En,Lim Kim Chon dan dibantu oleh Penolong beliau En.. Ibrahim Hj Mohamed dan Jurulatih Penjaga Gol FAM En. Lim Chuan Chin,


Sepanjang lawatan latihan-latihan berikut telah dijalankan:


  1. Ujian kemahiran
  2. Latihan koordinasi
  3. Latihan hantaran
  4. Latihan menerima bola
  5. Latihan mengawal bola
  6. Latihan permainan "Konsep Diamond "
  7. Permainan kecil 6 v 6 ,7 v 7 , 8 v 8
  8. Latihan penjaga gol

 

Mesyuarat  bersama Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang , En. Mohd Fadil Mohamad telah diadakan di Pejabat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bertujuan memantapkan perlaksanaan program pembangunan bolasepak  Negara di Pulau Pinang

 

Seramai 6 pemain bawah 10 tahun  telah dikenal pasti untuk disenaraikan dalam sesi pemilihan pasukan bawah 10 tahun Negara yang akan dijalankan pada 23 hingga 28 April di Kuala Terengganu. Pasukan ini akan bertanding di Kejohanan Piala Cappy Cup di Osijek, Croatia pada 25hb Mei 2012 nanti

 

 

Ibrahim Hj Mohamed


2 comments:

  1. tuan puan yg berkenan..

    yang menguruskan laman blog ini, mohon jasa baik tuan puan supaya memilih tema blog yg bersesuaian, kami pengunjung ni sesak mata serabut tgk dgn susun atur laman blog ni yg berterabur dgn pengunaan grafik yg sarat, size font yg menyesakan mata.. biarlah pro sikit, punyalah byk theme yg free pihak blogger sediakan... kalau sy tgk pon mcm caya tak caya je blog ini adlah blog pembangunan bola sepak dgn paparan mcm ni..

    maaf ye tuan puan

    ReplyDelete
  2. salam, terima kasiha tas teguran. akan cuba diperbaiki. blog ini pun mengunakan theme free yang disediakan oleh blogger.

    ReplyDelete