Sunday, September 25, 2011

Pemantauan Dan Sesi Latihan Program Pembangunan Bolasepak Negara 23 Sep 2011

Salam 1 Malaysia

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  04 SEP  – 5 NOV 2011

Laporan hari Ketiga – 23hb Sep 2011- Perlis

Sesi 1 jam  7-30 pagi
Seramai 16 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer dan jurulatih Program SPTS telah menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SK
Kubang Gajah, Perlis ini.Jurulatih didedahkan dengan latihan-latihan hantaran dan mengawal bola bersesuaian untuk pemain peringkat umur akar umbi.Diakhir sesi jurulatih didedahkan dengan cara mengendalikan sesi perlawanan kecil serta ukuran-ukuran kawasan latihan setiap kali mengadakan ansur maju.

Sesi 2 jam 11-00 pagi
Jurulatih diminta untuk mengendalikan latihan –latihan hantaran dan mengawal bola seperti yang telah ditunjuk ajar pada sesi pagi. Latihan diakhiri dengan permainan kecil 5 V 5 dan setiap jurulatih dinilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 5 jurulatih dan    6 pemain. Latihan-latihan , teknik tangkapan-bola leret,paras dada dan bola lambung serta teknik hantaran – tendangan dan balingan telah dipertingkatkan. Sesi latihan berakhir pada pukul 6-45 petang

Sesi 3 jam 8-00 malam
Sesi kuliah telah dijalankan di Kolej Komuniti Arau. Kesemua jurulatih telah diberi penerangan tentang cara menyediakan laporan harian dan bulanan ( Coaches Log Book) dan diberi pemahaman berhubung cara mengendalikan sesi pemilihan serta ukurang padang yang sesuai bagi setiap peringkat umur.

Sesi kuliah tamat jam 9-00 malam

Sekian


IBRAHIM HJ MOHAMED

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    ingin bertanya adakah kejohanan champions of champions itu akan berjalan atau cuma khabar angin sahaja. saya juga ingin bertanya ada liga KPM untuk pelajar bawah 12 tahun bagi tahun 2012? Jika ya, bagaimanakah pemilihan akan dibuat?

    ReplyDelete