Thursday, August 4, 2011

Sesi Pemilihan Pemain My Kid Soccer Negeri Terenganu



Salam 1 Malaysia,

Laporan Pemilihan pemain Program Pembangunan Bolasepak Negara :

Bagi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara (MSSDKTU)

Tarikh : 22/7/2011
Masa : 8.00 pg- 11.00 pg
Tempat : Padang C, Kompleks Sukan Gong Badak , Kuala Terengganu

UMUR BIL. HADIR
1. Bawah 7 tahun 12 orang
2. Bawah 8 tahun 15 orang
3. Bawah 9 tahun 80 orang
4. Bawah 10 tahun 78 orang
5. Bawah 11 tahun 85 orang
Jumlah 270 orang


Bagi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan (MSSDKTS)

Tarikh : 23/7/2011
Masa : 8.00 pg- 11.00 pg
Tempat : Padang SK Pusat Cabang Tiga , Kuala Terengganu .

UMUR BIL. HADIR
1. Bawah 7 tahun 9 orang
2. Bawah 8 tahun 16 orang
3. Bawah 9 tahun 20 orang
4. Bawah 10 tahun 40 orang
5. Bawah 11 tahun 65 orang
Jumlah 150 orang

Pemilihan pemain bawah 12 tahun akan dijalankan selepas peperiksaan UPSR


Pembangunan Bolasepak Negara Daerah Kuala Terengganu.

Pada 22/7/2011 yang lalu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu telah dipenuhi oleh ibubapa yang berada di dalam Daerah Kuala Terengganu Utara. Hampir 270 pemain terdiri daripada beberapa peringkat umur bermula dari 7 tahun sehingga 11 tahun untuk menjalani pemilihan bagi Program Pembangunan Bolasepak Negara.

Komitmen ibubapa dalam permainan bolasepak menunjukkan peningkatan dan kesedaran demi meningkatkan mutu permainan bolasepak negara. Pihak pengurusan pemilihan pemain amat kagum dengan sambutan yang telah diberi oleh keluarga dalam Daerah Kuala Terengganu Utara yang mana mempunyai hampir 42 buah sekolah kebangsaan di dalam daerah berkenaan.

Ibubapa yang menghantar anak-anak mereka terdiri daripada pelbagai peringkat latar belakang. Minat dan harapan dalam mereka dalam membangunkan mutu bolasepak negara menjadi aspirasi utama untuk menghantar anak-anak mereka turut serta dalam pemilihan bagi Program Pembangunan Bolasepak Negara yang kini menuju ke arah pencapaian bertaraf dunia.

Manakala bagi Daerah Kuala Terengganu Selatan, pemilihan pemain telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga, Kuala Terengganu pada 23/7/2011. Pihak pengurusan sekali lagi kagum melihat komitmen para ibubapa yang amat tinggi dengan digambarkan bahawa mereka telah siap sedia seawal pagi bagi menunggu kehadiran para jurulatih yang bertauliah bagi melaksanakan proses pemilihan pemain yang dibahagikan kepada beberapa ketegori peringkat umur iaitu bermula dengan umur 7 tahun sehingga 11 tahun.

Hampir 150 pemain telah hadir untuk beradu nasib dalam pemilihan tersebut. Para ibubapa hadir dengan penuh semangat kesukanan dan harapan, sanggup menunggu anak-anak mereka sehingga tamat pemilihan kira-kira pada jam 11.30 pagi. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa komitmen ibubapa dalam pembangunan bolasepak negara mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan tidak mustahil, misi untuk melahirkan pemain yang berbakat dan cemerlang dalam permainan bolasepak akan dicapai dengan jayanya.

Laporan disediakan oleh:
Mat Nor Bidin
Ketua Jurulatih Remaja Negeri Terengganu

6 comments:

  1. lain kali beri laa peluang kepada kami 21 thun utk merebut peluang utk bermain jugak...

    ReplyDelete
  2. kami pon punya cita2...dan kami harap tuan2 bole membuka jln kepada kami utk mencapai cita2 kami untuk menjdi seorang pemain bola sepak negeri,club dan negara...sekali jer...terima kasih...sya berasal dari sarawak...skrng stay di puchong menyambung pelajaran...harap respon dari tuan2...

    ReplyDelete
  3. Bila dan di mana sesi pemilihan untuk bawah 12 tahun Terengganu?

    ReplyDelete
  4. dah lepas. boleh berhubung dengan ketua jurulatih remaja negeri untuk pemilihan di peringkat beliau

    ReplyDelete
  5. salam..mcm mana saya nk jadi coach program ini?

    ReplyDelete
  6. Kenapa hanya diperingkat remaja sahaja? Tiada pemilihan untuk bawah 25tahun? Masih ramai yg berbakat..tp tidak diberi peluang..mcm mana bola sepak negara nak maju..asyik dgn pembangunan remaja belasan tahun..yg bawah 25 tidak ada..

    ReplyDelete