Thursday, December 13, 2012

KEPUTUSAN PENUH | CHAMPION OF CHAMPIONS TERENGGANU 2012

Pasukan Mykids KL berjaya mengikat pasukan tuan rumah iaitu pasukan Mykids Terengganu dengan jaringan 1-1 pada masa penuh perlawanan. Perlawanan diteruskan dengan sepakan penalti yang menyaksikan pasukan Mykids KL berjaya menundukkan pasukan Mykids Terengganu dengan jaringan 3-2.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh EXCO Sukan Terengganu, Tuan Haji Rozi Mamat, diiringi oleh YBhg, Dato' Dell Akbar Khan, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Zainal Abidin Hussin.

KEPUTUSAN PENUH CHAMPION OF CHAMPION 2012

Johan : MYKIDS KUALA LUMPUR
(RM10,000.00, piala iringan dan piala pusingan)

Naib Johan : MYKIDS TERENGGANU
(RM7,500.00 dan piala iringan)

Tempat Ke-3 : SABAH
(RM5,000.00 dan piala iringan).


Tempat Ke-4 : MYKIDS PERLIS
(RM2,500.00 dan piala iringan).

SENARAI PENERIMA ANUGERAH CHAMPION OF CHAMPIONS 2012

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : 
Zainur Ariffin Ahmad Latifi
Mykids Kuala Lumpur; Jersi No. 3.

Penjaga Gol Terbaik Kejohanan :
 Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin 
Mykids Kuala Lumpur; Jersi No. 1.

Pemain Pertahanan Terbaik Kejohanan : 
Zainur Ariffin Ahmad Latifi 
Mykids Kuala Lumpur; Jersi No. 3.

Pemain Tengah Terbaik Kejohanan : 
Mohd Faiz Nazri 
Mykids Perlis; Jersi No. 7.

Pemain Penyerang Terbaik Kejohanan : 
Wan Mohd Fitri Wan Zailani @ "Suarez"
Mykids Perlis; Jersi No. 10.

Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan : 
Mohd Nasip Mohd Zain
 Sabah; Jersi No. 11; Jumlah Gol 8.

Pemain Terbaik Kejohanan : 
Arham Khussyairi b Ab Wahab
Terengganu; Jersi No. 14.

1 comment: