Thursday, June 21, 2012

Kejohanan JAPAN-ASEAN FOOTBALL EXCHANGE PROGRAMME - U14 YOUTH FOOTBALL FESTIVAL DI OSAKA, JEPUN


Salam,

Laporan Kejohanan JAPAN-ASEAN FOOTBALL EXCHANGE PROGRAMME - U14 YOUTH FOOTBALL FESTIVAL DI OSAKA, JEPUN (16 - 24 Jun 2012)

Seramai 18 pemain dan 5 pegawai telah berangkat ke Osaka, Jepun pada 16 Jun 2012. 18 pemain yang terpilih adalah melalui sesi pemilihan pemain yang di jalankan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang di ketuai oleh Encik Lim Kim Chon, Pengarah Teknikal FAM merangkap Ketua Pembangunan Bola  Sepak Remaja Kebangsaan. 

Sebanyak 2 Fasa Pemilihan telah di jalankan seperti berikut:-

i) Fasa 1, Sesi pemilihan dan Latihan pusat di Dara Inn, K.Terengganu    : 20 – 26 Mei 201 (60 orang pemain)

ii) Fasa 2, sesi pemilihan terakhir dan Latihan pusat di MSN, Bukit Jalil   : 4 – 16 Jun 2012 (24 orang pemain)



Keputusan Kejohanan Pasukan Bawah 14 Tahun di Osaka, Jepun:-


19 Jun 2012 (10.30am) - Malaysia vs Singapore ( 0 - 0 ) seri
- game kedua pada sebelah petang telah ditunda kerana venue kejohanan di landa ribut taufan

20 Jun 2012 (10.30am) - Malaysia vs Japan ( 0 - 2 ) kalah
                   (2.30pm)  - Malaysia vs Filipina ( 1 - 2 ) kalah

21 Jun 2012 (10.30am) - Malaysia vs Brunei DS ( 0 - 4 ) menang
                   (2.30pm)  - Malaysia vs Indonesia ( 2 - 2 ) seri

Melalui makluman yang di terima daripada Persatuan Bolasepak Jepun (JFA). Kejohanan edisi pertama ini berlaku sedikit gangguan dari aspek cuaca yang mana ribut taufan dan hujan tanpa henti merencatkan penganjuran kejohanan dan ada ketika suhu mencecah sehingga 15 darjah celcius.

Pasukan dijadualkan pulang ke Malaysia pada 24 Jun 2012 dan tiba di Malaysia (KLIA) pada jam 4.30 petang.

8 comments:

  1. "tahniah...!! teruskan usaha membangunkan sukan terutamanya bola sepak kita..."

    ReplyDelete
  2. Malaysia Boleh!...teruskan usaha, tingkatkan daya, pasti berjaya....

    ReplyDelete
  3. Rosmaza Binti SamsuJune 23, 2012 at 9:10 AM

    Tahniah, maju terus maju, majulah sukan untuk negara. Semoga segala pengorbanan pegawai dan jurulatih yang terlibat di dalam program ini sentiasa akan diberkati dan dirahmati, thanks you very much...

    ReplyDelete
  4. Tahniah, Semoga terus maju.

    ReplyDelete
  5. Siti Nornashihah Binti SamsuJune 23, 2012 at 10:15 PM

    Tahniah Malaysia

    ReplyDelete
  6. tahniah atas pendedahan yg diberikan..

    ReplyDelete
  7. tahniah..cuma kenapa pemain u14 yg sudah ada di sekolah sukan malaysia tidak diberi peuang sedangkan mereka ini sudah 2 tahun bersama..

    ReplyDelete