Thursday, September 6, 2012

[LAPORAN] HARI KEDUA - SESI LATIHAN & PEMILIHAN PASUKAN BAWAH 10 TAHUN KEBANGSAAN PADA 27 OGOS - 02 SEPT 2012 DI MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Hari Kedua – 28hb Ogos 2012
 
Pagi - Latihan memanaskan badan, latihan kemahiran bersama bola dan latihan koordinasi.

Petang - Latihan memanaskan badan,  permainan kecil 8+1 dan aktiviti menyejukkan badan.

Ulasan:

Penilaian yang dibuat dari latihan permainan kecil ini didapati kesemua pemain dapat menguasai kawalan bola leret dengan baik. Pemain sentiasa bergerak dan tidak mematikan bola semasa mengawal bola. Hasil dari latihan koordinasi yang berterusan disetiap pusat memastikan kekuatan kaki setiap pemain dalam setiap larian dan ketika mengelecek bola.


Disediakan oleh:
IBRAHIM HJ MOHAMED

[LAPORAN] HARI PERTAMA - SESI LATIHAN & PEMILIHAN PASUKAN BAWAH 10 TAHUN KEBANGSAAN PADA 27 OGOS - 02 SEPT 2012 DI MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Unit Bola Sepak dibawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara telah mengadakan program Sesi Pemilihan Pemain Bawah 10 tahun pada 27 Ogos  – 02 Sept 2012 di Majlis Sukan Negara,Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
 
Hasil dari penilaian pertandingan Piala Cappy di Osijek, Croatia pada 21 – 30 Mei 2012, adalah didapati latihan lanjutan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan tahap kecergasan dan kemahiran pemain sentiasa dipertingkatkan secara sistematik. Selain dari menjalani latihan di pusat Mykids Soccer di setiap negeri, pemain-pemain ini juga perlu menjalani latihan bersama secara berkala bagi memudahkan jurulatih memantau setiap peningkatan pemain.
 
Sesi pemilihan kali ini dihadiri seramai 72 pemain bawah 10 tahun yang dipilih melalui pertandingan dalaman serta pertandingan peringkat Zon yang telah dijalankan disetiap pusat. Dari jumlah tersebut seramai 40 pemain terbaik akan dikenal pasti bertujuan untuk membentuk pasukan Remaja Kebangsaan yang akan bertanding dikejohanan Piala Dunia Remaja bawah 17 tahun pada 2019 nanti.
 
Sesi pemilihan ini telah dikendalikan oleh :

1.     En. Lim Kim Chon               - Pengarah Teknikal FAM
2.     En. Ibrahim Hj Mohamed      - Pembantu Pengarah Teknikal
3.     En. Lim Chuan Chin             - Ketua Jurulatih Penjaga Gol
4.     YM Raja Azlan Shah            - Ketua Jurulatih Pemantau
5.     En. Mohd Nor Bidin   - Ketua Jurulatih Remaja Negeri Terengganu
6.     En. Razak Bin Jaamadi        - Ketua Jurulatih Remaja WP Kuala Lumpur
7.     En. Hazry Bin Abdullah         - Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sarawak
8.     En Ahmad Bin Othman         - Ketua Jurulatih Remaja Negeri, N.Sembilan
9.     En Salimin Bin Musneh         - Penolong Jurulatih Negeri Sabah
 
Senarai pecahan mengikut negeri 72 pemain dari pusat latihan Mykids Soccer seluruh Negara yang menghadiri sesi latihan dan pemilihan adalah seperti berikut:

1.     Perlis -              7  pemain
2.     Kedah               -              5  pemain
3.     P.Pinang           -              5  pemain
4.     Perak                -              4  pemain
5.     Selangor            -              3  pemain
6.     WP K.Lumpur    -              5  pemain
7.     N.Sembilan        -              11 pemain
8.     Melaka              -              3  pemain
9.     Johor                 -              4  pemain
10.    Pahang             -              2  pemain
11.    Terengganu       -              7  pemain
12.    Kelantan           -              6  pemain
13.    Sarawak           -              4  pemain
14.    Sabah              -              6  pemain
 
Hari Pertama – 27hb Ogos 2012
 
Pemain melapor diri di Hotel 128, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan mesyuarat bersama Ketua Jurulatih Remaja Negeri di Unit Bolasepak, MSN.


Disediakan oleh:
IBRAHIM HJ. MOHAMED

Monday, September 3, 2012

Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen B (AFC/FAM)

Bukit Jalil - Unit Bola Sepak, Cawangan Pelapis di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara mengadakan Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen B (AFC/FAM) mulai 2 hingga 23 September 2012, di MSN Bukit Jalil. Kursus ini diadakan bertujuan untuk menaiktaraf jurulatih sedia ada yang telah mempunyai Lesen C dan melibatkan jurulatih – jurulatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Kursus ini akan dilaksanakan oleh En. Gopal Krishnan (Instruktor FAM) dan dibantu oleh En. Razak Jamaadi dan En. Richard Sinappan serta instruktor penjaga gol (FAM) En. Lim Chuan Chin.

Senarai peserta Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen B, adalah seperti berikut:

1     MOHD SHAHABUDDIN BIN KADIR 
2     ROSIDI BIN SALLEH
3     SHAFIE BIN INCHE MAT AMIN 
4     VELOOSAMY A/L RAJAMANIKAM
5     AHMAD FAUZI BIN HASHIM
6     BASRI BIN YUSOF 
7     BASIRUL BIN ABU BAKAR 
8     IBRAHIM BIN AHMAD 
9     WAN RIZUAN BIN WAN MUHAMMAD 
10    MOHD HAIZUL BIN YAACOB 
11    SAMSUL B. IBRAHIM  
12    SHAWAL BIN HASSAN 
13    HASRUL BIN RAMLI  
14    MOHD NASRI BIN SAHAT
15    AMARUL NAZAR BIN MOHAMED
16    MOHD ROSLIZAN BIN SAAD
17    MATELI BIN EKEH
18    ZANAWI BIN ZEN
19    HARIZAN BIN HAMID 
20    MOHD IZANI BIN MAHMOOD 
21    KHAIRUN HALED BIN MASROM 
22    NIK JUHAISHAM TARMIZI B. JUHARI 
23    KHAIRUL FAIZAL BIN BAHARUDIN      
24    SUHAIMI B MAT LAZIM
25    SHUKRI BIN HARUN 

Semoga dengan adanya kursus seperti ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dan kualiti semua jurulatih yang terlibat dan sekaligus memberi sumbangan yang efektif kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara dalam mewujudkan pemain berkaliber untuk negara di masa akan datang.

--
HARRIS TAUFIEQ ZAFRI
Penyelaras Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan

Monday, August 27, 2012

[TERKINI] Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak Bawah 10 Tahun di MSN Bukit Jalil

Seperti tuan / puan sedia maklum Unit Bola Sepak, Cawangan Pelapis di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara telah menghantar pasukan bola sepak bawah 10 tahun untuk bertanding dalam kejohanan Piala Cappy pada bulan Mei 2012 di Osijek, Crotia. Susulan daripada itu, bagi mencapai objektif dan kesinambungan Program Pembangunan Bola Sepak Negara, sesi latihan pusat pemain bawah 10 tahun akan diadakan pada 27 Ogos 2012 hingga 2 September 2012 sebagai persiapan membentuk pasukan bagi melayakkan diri ke Kejohanan Piala Dunia Remaja Bawah 17 Tahun yang akan berlangsung pada tahun 2019.

 

Seramai 72 pemain telah terpilih menghadiri sesi latihan tersebut. Sesi latihan pusat ini akan diketuai oleh En. Lim Kim Chon, Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara dan akan dibantu oleh jurulatih dan pegawai seperti yang berikut:


En. Ibrahim Mohamed – MSN (Pembantu Teknikal)

YM Raja Azlan Shah Raja So'ib – MSN (Ketua Jurulatih Pemantau)

En. Lim Chuan Chin – FAM (Jurulatih Penjaga Gol)

En. Razak Jamaadi – KJRN WP (Jurulatih)

En. Hazry Abdullah - KRJN Sarawak

En. Salimin Musneh - JSM Sabah


Perkembangan berkaitan latihan pusat ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekian, untuk makluman           


--
HARRIS TAUFIEQ ZAFRI
Penyelaras Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan

Monday, July 30, 2012

2012 Saitama International Junior Football Tournament U12 – Hari Keenam







































Salam Ramdhan dari Saitama,

Hari ini merupakan hari keenam kejohanan dan merupakan hari terakhir bagi kejohanan ini. Pada hari ini akan dijalankan perlawanan bagi penentuan tempat ke 3 dan ke 4 serta perlawanan akhir. Malaysia akan beraksi di perlawanan penentuan bagi tempat ke 3 dan ke 4 menentang Pasukan Kebangsaan Thailand yang merupakan juara bertahan kejohanan ini pada tahun 2011. Kami bergerak ke Stadium Saitama pada jam 9.00 pagi. Pemain begitu bersemangat untuk menebus kekalahan pada separuh akhir semalam dan bertekad untuk menjinakkan Thailand bagi merebut tempat ke 3 dalam kejohanan ini. Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan ini ialah tempat ke 3 yang dicapai pada tahun 2005 iaitu 7 tahun yang lepas. Thailand pada kali ini membariskan pasukan kebangsaan bawah 12 tahun mereka di samping membawa pasukan bantuan yang cukup lengkap termasuk kitman, cameraman dan juga penganalisis perlawanan. Pegawai dari Kedutaan Thailand juga turut hadir bagi memberi semangat kepada pasukan ini. Namun semua ini tidak menggugat semangat pemain Malaysia. Berikut merupakan analisis perlawanan terbabit :

Malaysia vs Thailand
Venue : Stadium Saitama, 2nd Ground
Jam : 12.00 tengahari waktu Jepun ( 11 pagi waktu Malaysia )

Perlawanan bermula rancak dengan Thailand melancarkan serangan bagi mencari kelebihan gol di awal permainan. Skil individu dan taktikal permainan antara 2 pasukan tidak banyak berbeza. Thailand bermain agak keras dalam perlawanan ini. Walaupun begitu, pemain Malaysia tetap tenang dalam menghadapi taktik permainan pasukan Thailand. !0 minit pertama Thailand banyak melancarkan serangan ke kubu pasukan Malaysia. Hasil dari serangan ini, Thailand berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke  8 melalui set piece dari sepakan percuma. Hasil dari gol ini, jurulatih telah melakukan beberapa perubahan taktikal dengan memasukkan beberapa pemain yang mempunyai kelebihan larian. Strategi ini memberi hasil dengan Malaysia melancarkan beberapa serangan yang mencemaskan kubu Thailand. Pada separuh masa pertama, Malaysia melancarkan 5 kali percubaan dengan 2 percubaan tepat ke arah gol.

Pada separuh masa kedua, Malaysia menukar rentak permainan dengan mengamalkan corak permainan menyerang. Pada minit ke 15, hasil daripada sepakan penjuru, Malaysia berjaya menjaringkan gol melalui tandukan cantik dari pemain pertahanan negara iaitu Arham Khusairi. Gol ini menyaksikan Thailand gagal mengimbangi corak permainan Malaysia dengan Malaysia berjaya melancarkan beberapa serangan namun tiada penyudah gol yang berjaya dilaksanakan. Tamat masa penuh permainan dengan kedua pasukan terikat satu sama.

Akhirnya, perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Pemain negara masih lagi dihantui dengan kekalahan kepada Saitama dengan sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir. Jurulatih memberi motivasi dan keyakinan kepada pemain untuk lebih berani bagi mengambil sepakan penalti. Keadaan genting dengan pasukan Thailand dan Malaysia berbalas gol dalam penalti ini sebelum penjaga gol Malaysia iaitu Mifzal Haziq muncul wira pasukan dengan menyelamatkan 2 sepakan penalti dari Thailand. Keputusan penuh Malaysia menang dengan sepakan penalti dengan jaringan 4 gol berbalas 3.

Sementara perlawanan  akhir kejohanan ini menemukan dua pasukan berikut :

Saitama vs Saitama South
Venue : Stadium Saitama, Main Pitch
Jam : 1.30 petang waktu Jepun ( 12.30 tengahari waktu Malaysia )

Corak permainan laju dan skil kemahiran tinggi dipertontonkan oleh kedua pasukan dalam perlawanan ini. Apa yang menarik dalam perlawanan ini ialah ia dikendalikan seperti perlawanan profesional di mana dalam umur yang masih muda, pemain - pemain yang beraksi dalam perlawanan akhir ini didedahkan dengan suasana perlawanan sebenar di stadium utama. Ketika perlawanan berlangsung, aksi pemain - pemain ini turut dipaparkan di scoreboard utama stadium. Pada akhir perlawanan, pasukan Saitama South menang dengan jaringan 2 berbalas 1. Gol kemenangan diperolehi melalui sepakan lambung yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Saitama yang menyaksikan bola bergolek masuk ke dalam gol dan menyaksikan Saitama South dinobatkan selaku juara kejohanan ini. Acara penyampaian hadiah berlangsung pada jam jam 2.30 petang dan disampaikan oleh Gabenor Saitama iaitu Mr. Kiyoshi Ueda.

Berakhir sudah 2012 Saitama International Junior Football Tournament U12 dengan pasukan Malaysia berjaya mengulangi pencapaian terbaik pada tahun 2005 dengan berjaya menduduki tempat ke 3 daripada keseluruhan 24 pasukan yang bertanding. Dari 6 pasukan negara jemputan, Malaysia  berjaya mempamerkan aksi yang terbaik dengan berjaya memperolehi tempat ke 3. Banyak yang masih perlu dipelajari oleh pemain - pemain Malaysia untuk bersaing terutamanya dengan Negara Jepun yang terkenal dengan motto " Training with your rivals ". Jepun menganjurkan kejohanan ini dengan strategi untuk mendedahkan pemain - pemain remaja mereka yang bermula dengan umur 12 tahun dengan corak permainan pasukan dari negara luar.

Pada 30 Julai 2012, kami akan bertolak pulang dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH 0089 yang dijadualkan akan berlepas pada jam 1030 pagi dari Lapangan Terbang Narita dan dijangka sampai di KLIA pada jam 4.45 petang. Sekian sahaja laporan terakhir dari Saitama untuk kejohanan ini.

Arigato Gozaimas.
Mata Aimasho.

Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni

2012 Saitama International Junior Football Tournament U12 – Hari Kelima

















































Salam Ramadhan,

Hari ini merupakan hari kelima kami berada di bumi matahari terbit. Pada hari ini Pasukan Malaysia akan menghadapi 2 perlawanan yang genting iaitu perlawanan di peringkat suku akhir dan separuh akhir. Pada hari ini pasukan akan bermain di Hachioji iaitu salah satu bandar yang terletak di Barat pusat Bandar Tokyo. Pasukan bertolak dari hotel penginapan ke Hachioji pada jam 8.00 pagi dan sampai ke padang pada jam 8.45 pagi. Padang di Hachioji ini merupakan padang sintetik yang dijaga rapi oleh pihak pengurusan kompleks terbabit. Cuaca panas dengan anggaran suhu 37 darjah celcius. Daerah Hachioji ini pernah menjadi venue bagi sukan Berbasikal pada temasya Olimpik musim panas pada tahun 1964. Pada hari ini  Malaysia akan bermain pada jam 10.00 pagi dengan Pasukan Chiba FC menanti di peringkat suku akhir.Berikut merupakan analisis perlawanan terbabit :

Pada perlawanan penentuan ke separuh akhir ini, pemain menunjukkan kesungguhan yang tinggi semenjak perlawanan bermula. Hasil dari serangan yang dijalankan, Malaysia berjaya memperolehi gol pada minit ke 9 hasil jaringan Muhammad Hadi Fayadh. Tempo permainan pada separuh masa pertama agak perlahan dengan kedua - dua pasukan bermain secara berhati - hati. Pemain - pemain pasukan Chiba FC mempunyai teknikal dan skil kawalan bola yang baik. Bagi mengekang corak permainan ini, pemain Malaysia sentiasa menekan pasukan lawan dengan tidak membenarkan pemain - pemain Chiba FC memegang bola dengan lama. Pada separuh masa kedua, Malaysia memperlahankan tempo permainan tetapi berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke 38 oleh Muhammad Iqbal Hakim. Keseluruhan hanya 5 percubaan ke arah gol yang berjaya dihasilkan oleh Malaysia dan 2 gol berjaya dihasilkan. Pemain pertahanan berjaya menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh jurulatih dengan mengawal ketat key player pihak lawan dan berjaya mengawal kubu Malaysia daripada bolos.

Secara keseluruhannya, pemain berjaya menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan disiplin permainan yang baik serta berjaya melakukan tugas dengan baik termasuk pemain yang masuk sebagai pemain gantian.Pemain menggunakan peluang yang terhasil dengan baik dan tepat. Kemenangan ini memastikan slot ke separuh akhir bagi Malaysia. Untuk makluman, Chiba merupakan pasukan favourite dalam kejohanan ini.

Pada perlawanan separuh akhir, Malaysia bertemu dengan pasukan Saitama. Berikut merupakan analisa perlawanan terbabit :

Pada perlawanan ini, pemain kelihatan tidak cergas sepenuhnya memandangkan tempoh rehat 2 jam sahaja selepas perlawanan suku akhir. Saitama membuka jaringan seawal minit ke 8 dan ini membuatkan para pemain tersentap dan terkejut dengan jaringan tersebut. Ini seterusnya menjejaskan rentak dan tempo permainan pasukan yang menyaksikan tiada sebarang peuang yang berjaya dicipta oleh barisan tengah dan serangan negara. Malaysia hanya mengamalkan corak permainan bertahan dan bermain secara counter attack kerana Saitama mengusai bahagian tengah dan pemain tengah Saitama sentiasa mengawal rapi bahagian tengah Malaysia. Didapati tahap kawalan bola dan kemahiran teknikal Saitama begitu tinggi untuk disaingi oleh pemain Malaysia. Jurulatih mengambil keputusan untuk melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Muhammad Alif Safwan dan memasukkan Alif Haikal bagi mengukuhkan bahagian tengah. Kemasukan pemain ini telah mengubah corak dan tempo permainan pasukan. Pada separuh masa kedua, Malaysia menguasai permainan sepenuhnya dengan berjaya menguasai kawalan bola dan melancarkan 5 percubaan tepat ke arah gol dan berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke 25 melalui Muhammad Iqbal Hakem . Barisan pertahanan negara nampak goyah pada permulaan permainan sebelum berjaya bermain dengan baik pada separuh masa kedua.40 minit masa permainan berakhir dengan keputusan 1 - 1. Permainan dilanjutkan dengan penentuan sepakan penalti di mana 3 pemain negara gagal menyempurnakan sepakan penalti. Keputusan berakhir dengan Malaysia kecundang di tangan Saitama dengan keputusan sepakan penalti 4 berbalas 1.

Walaupun tewas pada perlawanan ini, namun para pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam menyaingi Pasukan Saitama yang memliki kemahiran teknikal dan kawalan bola yang baik. Rata - rata pasukan dari Jepun memiliki skil kemahiran individu yang tinggi. Ini merupakan hasil dari program pembangunan bola sepak Jepun yang menekankan aspek teknikal dan kemahiran serta kelajuan dalam permainan. Hanya air mata pemain yang mengiringi kegagalan Pasukan Malaysia untuk mencipta sejarah bagi melangkah kaki ke peringkat akhir buat kali pertama.

Pada hari esoknya, Malaysia akan bertemu Thailand yang turut tewas dalam perlawanan separuh akhir melalui sepakan penalti dalam penentuan tempat ke 3 dan ke 4. Berikut merupakan jadual perlawanan untuk 29 Julai 2012 :

Penentuan tempat ke 3 dan ke 4

Malaysia vs Thailand
Venue : Stadium Saitama, 2nd Ground
Jam : 12.00 tengahari waktu Jepun ( 11 pagi waktu Malaysia )

Perlawanan Akhir

Saitama vs Saitama South
Venue : Stadium Saitama, Main Pitch
Jam : 1.30 petang waktu Jepun ( 12.30 tengahari waktu Malaysia )


Upacara penyampaian hadiah akan dilangsungkan pada jam 2.30 petang. Walaupun impian untuk melangkah kaki buat pertama kali ke perlawanan akhir tidak kesampaian, namun diharapkan pemain - pemain muda negara tidak patah semangat dalam pemburuan tempat ketiga dalam kejohanan ini. Kemenangan tempat yang ketiga akan menyamai pencapaian terbaik skuad negara pada tahun 2005. Sekian sahaja laporan saya dari Saitama, Jepun. Doakan kejayaan untuk skuad negara pada perlawanan esok hari.

Mata Aimasho.

Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni
Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah