Wednesday, June 13, 2012

Pertandingan Piala Cappy Cup Osijek, Croatia

Salam 1 Malaysia.

PERTANDINGAN  PIALA CAPPY CUP  PADA 25 – 27 MEI  2012 DI OSIJEK, CROATIA

24hb Mei 2012


7-00 am           - Sarapan pagi

8-00 am           - Lawatan sekitar Bandar dan Zoo Osijek

12-30 pm         - Makan tengah hari di dewan makan NK Osijek

1-00 pm            - Bertolak ke Hotel Osijek

 

3-00 pm           -  Bertolak ke kelab NK Grafikar

3.30 pm           -  Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs NK Grafikar U11

                        -  Tewas 2-3

6.00 pm           -  Jamuan makan di dewan makan NK Grafikar

7-00 pm           -  Bertolak ke Hotel Osijek

 

Pada pagi hari ketiga pemain-pemain diberikan rehat. Pemain-pemain  dibawa melawat sekitar Bandar Osijek dan lawatan ke Zoo Osijek yang terletak berhampiran.

 

Pada sebelah petang perlawanan persahabatan dengan kelab NK Grafikar diadakan.

Pemain-pemain kita dapat bermain dengan baik dan hanya tewas 2-3 sahaja.

Kita dapat melihat peningkatan permainan dari kesemua pemain

 

Kesemua pemain-pemain disambut meriah oleh penduduk setempat dan diakhir perlawanan kesemua pemain diraikan dengan jamuan makan didewan makan NK Grafikar


Ibrahim Hj Mohamed

Pertandingan Piala Cappy, Osijek, Croatia


Salam 1 Malaysia

PERTANDINGAN  PIALA CAPPY CUP  PADA 25 – 27 MEI  2012 DI OSIJEK, CROATIA

23hb Mei 2012


7-00 am           - Sarapan pagi

7-30 am           - Bertolak ke NK Osijek

8-30 am           - Sesi latihan bersama Jurulatih dan pemain NK Osijek

12.00 am         -  Sidang akbar bersama pemberita akbar dan TV Croatia

12-30 pm         - Makan tengah hari di dewan makan NK Osijek

1-00 pm            - Bertolak ke Hotel Osijek

 

3-00 pm           -  Bertolak ke NK Osijek

3.30 pm           -  Sesi latihan berpasukan

6.00 pm           -  Bertolak ke Hotel Osijek

6-30 pm           -  Makan malam

 

Sesi hari kedua pemain-pemain berpeluang mengikuti latihan khas dibawah tunjuk ajar jurulatih – jurulatih dari Kelab NK Osijek. Pemain-Pemain juga diberi peluang berlatih bersama pemain-pemain bawah 11 tahun NK Osijek

 

Sidang akbar bersama pemberita sukan  dan TV Croatia dijalankan pada jam 12-00 tengah hari dibilek VIP kelab Nk Osijek. Pihak Croatia amat mengalu-ngalukan kedatangan pasukan Malaysia dan mereka menyatakan kesudian untuk membantu Malaysia mencapai hasrat layak bertanding di Kejohanan Piala Dunia Remaja bawah 17 tahun pada tahun 2019 nanti

 

Pada sebelah petang latihan berpasukan sebagai persediaan pertandingan dapat dijalankan. Cuaca amat baik dan pemain-pemain mula menyesuaikan diri dengan cuaca dan suasana di Osijek



Ibrahim Hj Mohamed

Pertandingan Piala Cappy Cup , Osijek, Croatia

Salam 1 Malaysia

PERTANDINGAN  PIALA CAPPY CUP  PADA 25 – 27 MEI  2012 DI OSIJEK, CROATIA

25hb Mei 2012


7-00 am           - Sarapan pagi

8-00 am           - Senaman di sekitar Hotel Osijek

12-30 pm         - Makan tengah hari di dewan makan NK Osijek

1-00 pm            - Bertolak ke Hotel Osijek

 

3-00 pm           -  Bertolak ke Akedemi Krpan & Babic

3.30 pm           -  Upacara pembukaan Pertandingan Piala Cappy

6.30 pm           -  Bertolak ke Hotel Osijek

7-00 pm           -  Makan Malam

 

Pada pagi hari keempat pemain-pemain hanya menjalani senaman rengan di sekitar Hotel Osijek supaya mendapat cukup rehat dan pemulihan dari keletihan.

 

Pada sebelah petang upacara pembukaan Pertandingan Piala Cappy dijalankan.Sebanyak 10 pasukan pilihan yang bertanding pada kejohanan tahun 2012 ini. Kedua-dua pasukan Malaysia A dan B dibenarkan bertanding walaupun pada asalnya hanya pasukan Malaysia A sahaja yang didaftarkan bertanding manakala pasukan Malaysia B menyertai perlawanan persahabatan antara kelab sahaja.

 

Pihak Croatia benar-benar ingin membantu memberi pendedahan kepada pasukan bawah 10 tahun Malaysia kerana menyokong usaha pembangunan bolasepak  jangka masa panjang

 

Kumpulan A                                                               Kumpulan B

Akademi Krpan 7 Babic, Croatia                                   Nk Dinamo Zagreb, Croatia

HNK Hajduk Split, Croatia                                             NK Osijek, Croatia

FK Sturm, Austria                                                        Real Betis, Spain

FK Vojvodina, Serbia                                                   FK Sarajevo, Bosnia

Malaysia B                                                                  Malaysia A



Ibrahim Hj Mohamed