Tuesday, December 13, 2011
Kejohanan Champion Of Champions 2011: Laporan Harian
Berikut adalah laporan persediaan tempat bagi pengelolaan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Champion of Champions 2011.
10 Disember 2011 (Sabtu)
Urus setia MSN bertolak ke Muar, Johor Darul Takzim dan akan menginap di Hotel D'99, Muar. Saya terpaksa bertolak lewat bagi menguruskan persiapan sijil penyertaan dan sijil penghargaan dari pembekal untuk diberikan kepada Dato' KP bagi proses mendapatkan tandatangan.
Pihak urus setia mengadakan lawatan dan juga tinjauan di kawasan sekitar penginapan (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad) dan padang (padang luar Stadium Sultan Ibrahim) yang akan dijadikan venue pertandingan dan bilik urusetia.
11 Disember 2011 (Ahad)
Membuat persiapan di kaunter urus setia bagi pendaftaran pasukan yang dijangka akan melaporkan diri mulai pukul 4 petang.
Pihak Katerer juga membuat persiapan bagi penyediaan sajian makan malam kepada pasukan-pasukan yang akan melaporakan diri.
Pasukan pertama yang melaporkan diri adalah Selangor pada pukul 5 petang diikuti pasukan Terengganu pada pukul 6 petang dan seterusnya pasukan Kedah dan Perlis pada pukul 8.30 malam.
Sajian makan malam kepada pasukan-pasukan yang melaporkan diri berjalan dengan lancar.
Kerja-kerja membuat garisan untuk dua (2) padang dan pemasangan khemah selesai pada sebelah petang serta persiapan terakhir padang akan disambung semula pada keesokan hari (12 Disember 2011).
Laporan disediakan oleh:
Shazlee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment