Thursday, September 6, 2012

[LAPORAN] HARI KELIMA - SESI LATIHAN & PEMILIHAN PASUKAN BAWAH 10 TAHUN KEBANGSAAN PADA 27 OGOS - 02 SEPT 2012 DI MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Hari Kelima – 31hb Ogos 2012
 
Satu Karnival Pertandingan 9 sebelah (8+1)  telah diadakan. 11 pasukan telah mengambil bahagian. 8 pasukan adalah dari Pasukan My Kids dan 3 Pasukan Jemputan bawah 11 tahun dari Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA). Ianya bertujuan memberi peluang kepada pemain bermain sambil mempraktikkan apa yang telah dilakukan selama empat hari sepanjang latihan pusat. Mereka juga berpeluang bersaing dengan pemain pasukan dari luar.
 
PASUKAN
 
Kumpulan A             KUMPULAN B           KUMPULAN  C
 
1. OREN 'A'  1. MBSA 'B'              1. MBSA 'C'
2. MBSA 'A'                2. BIRU 'B'                2. OREN 'B'
3. HIJAU 'B'                 3. HIJAU 'A'              3. MERAH 'B'
4. BIRU 'A'                  4. MERAH 'A'

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
 
KUMPULAN A
 
OREN A          (1)   mln   MBSA A     (0)
BIRU  A        (1)   mln   HIJAU 'B'     (1)
OREN A          (0)   mln   HIJAU 'B'     (2)
MBSA            (4)   mln   BIRU A         (0)
OREN A          (6)   mln   BIRU A         (0)
MBSA            (1)   mln   HIJAU 'B'     (0)

JOHAN=ORENA
N.JOHAN = MBSA A 


KUMPULAN B

BIRU B       (1) mln MBSA B     (1)
HIJAU A       (0)   mln MERAH A   (1)
MERAH A   (1) mln BIRU         (1)
MBSA B (0)   mln HIJAU A (1)
BIRU B (0) mln HIJAU A (0)
MERAH A   (2) mln MBSA (0)  

JOHAN = MERAH A
 
KUMPULAN C

MBSA C     (1)   mln           MERAH B     (0)
OREN B     (3)   mln   MERAH B     (0)
MBSA C           (2)   mln   OREN B (1)
 
JOHAN = MBSA C

SEPARUH AKHIR

OREN A          (3)   mln   MBSA C       (0)

MBSA A          (1)   mln     MERAH A     (1)
(MBSA A menang tendangan penalti  2 - 1)

AKHIR

OREN A        (3)   mln             MBSA A   (2)

Pasukan MyKids dari OREN A, telah memenangi pertandingan ini dengan menewaskan Pasukan Jemputan MBSA dengan 3-2, hasil daripada jaringan Loqman Hakim dan Alif Daneil.
 
Diakhir sesi seramai 40 pemain telah dikenal pasti untuk diserapkan kedalam pasukan remaja bawah 10 tahun untuk mengikuti latihan dan program selanjutnya. 

Disediakan oleh:
IBRAHIM HJ. MOHAMED

[LAPORAN] HARI KEEMPAT - SESI LATIHAN & PEMILIHAN PASUKAN BAWAH 10 TAHUN KEBANGSAAN PADA 27 OGOS - 02 SEPT 2012 DI MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Hari Keempat – 30hb Ogos 2012
 
Pagi - Latihan memanaskan badan, Latihan 1 v 1 ,2 v 2, Latihan 1 v 1 + 1 floaters, 2 v 2 + 2 Floaters

Petang - Latihan memanaskan badan, Permainan Kecil 8 + 1 (penekanan kepada pergerakan sokongan dari floaters) dan aktiviti menyejukkan badan

Ulasan:

Latihan bersama floaters adalah amat penting bagi memastikan kombinasi pemain semasa menyerang. Latihan-latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bola serta pergerakan floaters dalam bentuk "Diamond"


Disediakan oleh:
IBRAHIM HJ MOHAMED

[LAPORAN] HARI KETIGA - SESI LATIHAN & PEMILIHAN PASUKAN BAWAH 10 TAHUN KEBANGSAAN PADA 27 OGOS - 02 SEPT 2012 DI MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Hari Ketiga – 29hb Ogos 2012
 
Pagi - latihan memanaskan badan, latihan kemahiran bersama bola dan latihan koordinasi

Petang - Latihan memanaskan badan dan ujian kemahiran (Menimang bola, hantaran, menerima dan mengawal bola, mengelecek dan menjaringkan gol)

Ulasan:

Ujian menimang bola telah dibahagikan kepada 5 bahagian dan perlu dilaksanakan dalam masa 1 minit setiap aktiviti:-

1. Kekuda kaki
2. Peha
3. Bahagian dalam kaki
4. Menanduk
5. Rangkuman kesemua bahagian
 
Hampir 85 % pemain didapati amat lemah didalam ujian menimang bola ini. Kebiasaan latihan yang dilakukan pemain dipusat adalah menimang secara rangkuman kesemua bahagian. Jurulatih dipusat ditekankan untuk mewajibkan setiap pemain dipusat melakukan latihan menimang bola ini sebelum memulakan latihan berikutnya  bagi memastikan mutu kawalan bola setiap pemain bertambah baik

Disediakan oleh:
IBRAHIM HJ MOHAMED