Showing posts with label Pemantauan. Show all posts
Showing posts with label Pemantauan. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS






Salam 1 Malaysia,

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 04 SEP – 5 NOV 2011

Laporan Hari Ke Tujuh 11hb Sept 2011 diPulau Pinang:
Program bermula jam 4 petang. Keadaan padang basah kerana hujan sepanjang hari/

Penilaian Ketua jurulatih dibuat berdasarkan persiapan pelan
latihan,penerangan kepada penolong jurulatih serta pembahagian tugasan
kepada penolong jurulatih.

Penolong jurulatih dinilai dari segi organisasi latihan, penerangan
kepada pemain, tunjuk ajar perisian latihan, pembetulan dan ansur maju
latihan.Seramai 86 pemain terlibat didalam sesi ini.

Jurulatih penjaga gol telah dinilai oleh Encik Lim Chuan Chin dengan
Latihan asas penjaga gol
Seramai 10 penjaga gol terlibat didalam sesi ini

Latihan ditamatkan dengan permainan kecil 5 v 5 dan kesemua jurulatih
telah dinilai berdasarkan cara pengendalian sesi latihan, pembetulan
dan pemahaman pemain


--



*IBRAHIM HJ MOHAMED

Friday, September 9, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS








Salam 1 Malaysia

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 04 SEP – 5 NOV 2011

Laporan Hari Keempat 8hb Sept 2011

Pada sebelah pagi lawatan ke Sekolah SuKan Negeri program SPTS,Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat , Ipoh dilakukan.Perjumpaan dengan Pengetua, pegawai dan jurulatih pasukan bolasepak sekolah dapat dilakukan dan maklumat terperinci perkembangan latihan dan permasaalahan diperolehi.

Data-data ini nanti akan dikumpulkan dan satu laporan analisa menyeluruh akan keluarkan bagi meningkatkan mutu program pembangunan bolasepak keseluruhannya
Lawatan juga dibuat di pusat latihan daerah Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Jalan Hospital Ipoh serta perjumpaan dengan SetiaUsaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan, Encik Abdul Aziz Bin Yeop Jamaluddin. Hasil dari perbincangan ini, kerjasama erat dapat dijalinkan dalam menjayakan program pembangunan yang dirancang.

Sesi petang

Latihan dimulakan pada jam 4.00 petang.
Hari ini Trial run untuk sesi pemilihan dijalankan.

Jurulatih didedahkan dengan persediaan ukuran padang dan aktiviti mengikut peringkat umur bagi mengendalikan sesi pemilihan pemain yang akan diadakan pada 9-11hb September yang akan datang.

Jurulatih telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan:

Pemilihan bawah 12 tahun – ukuran padang B12 – aktiviti 1- aktiviti 2
Pemilihan bawah 11 tahun – ukuran padang B11 – aktiviti 1- aktiviti 2
Pemilihan bawah 10 tahun – ukuran padang B10 – aktiviti 1- aktiviti 2
Pemilihan bawah 9 tahun – ukuran padang B9 – aktiviti 1- aktiviti 2
Pemiilhan bawah 8 tahun – ukuran padang B8 – aktiviti 1- aktiviti 2
Pemilihan bawah 7 tahun – ukuran padang B7 – aktiviti 1- aktiviti 2
Pemilihan Penjaga Gol

Faktor keselamatan pemain semasa sesi pemilihan juga telah diambil kira dan diakhir sesi kesemua jurulatih diminta menerangkan keseluruhan fakta pemilihan yang telah dibuat supaya satu keputusan yang tepat dapat dilaksanakan. Jurulatih juga diterangkan kelemahan-kelemahan yang dilakukan supaya dapat diatasi semasa sesi
pemilihan sebenar dijalankan pada 9-11hb nanti

Sekian

Ibrahim Hj Mohamed

Thursday, September 8, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS








Salam 1 Malaysia,


PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 04 SEP – 5 NOV 2011

Laporan Hari Ketiga

Pada sebelah pagi lawatan ke pusat latihan daerah program SPTS ,Sekolah Menengah Dato’ Seri Maharaja Lela,Kg Gajah dilakukan. Perjalanan sejauh 85km memakan masa 1 jam 20 minit.

Perjumpaan dengan Pengetua, dan jurulatih sekolah dapat dilakukan dan maklumat terperinci perkembangan latihan diperolehi.

Data-data ini nanti akan dikumpulkan dan satu laporan analisa menyeluruh akan keluarkan bagi meningkatkan mutu program pembangunan bolasepak keseluruhannya

Sesi petang

Latihan dimulakan pada jam 4.00 petang kerana hujan yang amat lebat.Jurulatih didedahkan dengan kaedah persediaan mengendalikan sesi pemilihan pemain yang akan diadakan pada 9-11hb September yang akan datang.

Jurulatih telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan:
Kumpulan pendaftaran, kumpulan penyediaan pemain dan kumpulan pemilihan pemain
Antara kriteria pemilihan adalah:
Kepantasan – action dan reaction
Teknik – hantaran,mengelecek,kawalan bola dan menjaring gol
Fizikal - sasa tubuh,keseimbangan badan,kekuatan
Sikap - Ketahanan Mental, sikap ingin menang,semangat juang,leadership,tkepantasan tindak balas

Diakhir sesi kesemua jurulatih diminta menerangkan keseluruhan fakta pemilihan yang telah dibuat supaya satu keputusan yang tepat dapat dilaksanakan. Jurulatih juga diterangkan kelemahan-kelemahan yang dilakukan supaya dapat diatasi semasa sesi pemilihan sebenar dijalankan pada 9-11hb nanti

Sekian

Ibrahim Hj Mohamed

Wednesday, September 7, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS






Salam Malaysia

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 04 SEP – 5 NOV 2011

Laporan Hari Kedua

Jurulatih diberi penerangan berhubung prinsip Kejurulatihan seperti berikut-
Penyediaan Pelan Latihan dan cara melaksanakan latihan
Organisasi - peralatan yang diperlujan, susunan latihan & susunan bilangan pemain
Penerangan - penerangan maklumat dan objektif latihan kepada pemain
Demonstrasi - tunjuk cara kaedah yang ingin dilaksanakan
Latihan - Menjalankan latihan yang ditetapkan
Pemerhatian - Mengawasi kesempurnaan latihan dan mengenal pasti kesalahan
Pembetulan - membuat pembetulan keatas setiap kesalahan
Ulangan - Mengulangi latihan dengan kaedah yang betul
Ansur Maju - Meningkatkan tahap latihan
Penutup - Ulasan diakhir latihan samaada objektif latihan telah tercapai

Jurulatih sentiasa diawasi dan dinilai semasa menjalankan sesi latihan untuk melihat:
Ketrampilan diri
Cara penyampaian - teknik mengajar
Cara pemerhatian – mengenal pasti kesilapan
Kaedah membuat demonstrasi dan pembetulan kesilapan
Perisian latihan – pengetahuan tentang butiran latihan
Penyertaan jurulatih dalam melaksanakan sesi latihan
Cara jurulatih meningkatkan sesi latihan – ansur maju
Kefahaman pemain dengan cara kendalian jurulatih

Latihan Penjaga gol
Jurulatih penjaga gol juga diberi latihan yang sama dan diawasi semasa mengendalikan sesi latihan.
Setiap teknik tangkapan dan latihan asas dijalankan dengan terperinchi

Diakhir sesi kesemua jurulatih diminta supaya sentiasa bersedia kerana mengendalikan pemain dibawah umur 12 tahun memerlukan banyak kesabaran dan mestilah faham tentang keupayaan setiap pemain

Sekian

Ibrahim Hj Mohamed

Tuesday, September 6, 2011

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 04 SEP – 5 NOV 2011

Jadual Lawatan:

September

Perak : 5hb – 8hb

P Pinang : 10hb – 13hb

Kedah : 15hb – 19hb

Perlis : 21hb – 24hb

Johor : 27hb – 30hb



Oktober
Kelantan : 9hb – 12hb
T’gganu : 14hb – 17hb

Pahang : 19hb – 22hb
Sarawak : 25hb – 29hb


November
Sabah : 1hb – 5hb


Tujuan
Program ini bertujuan untuk memantau keadaan pusat latihan Mykid Soccer dan pusat SPTS serta memberi bimbingan serta menilai kualiti kejurulatihan penolong jurulatih serta membantu setiap pusat latihan negeri dalam mengendalikan sesi pemillihan dan sesi latihan pemain.

Pengarah Teknikal En.Lim Kim Chon, Pembantu Teknikal En.Ibrahim Hj Mohamed dan Jurulatih Penjaga gol En Lim Chuan Chin akan mengendalikan kesemua sesi latihan tersebut

Objektif
Dapat memberi penerangan dan maklumat kepada pehak Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri , Guru Besar Pusat Latihan serta Persatuan Bolasepak Negeri berhubung kerjasama serta matlamat program.

Dapat membuat penilaian serta memberi tunjuk ajar kepada penolong jurulatih kaedah latihan yang akan dilaksanakan

Dapat membuat penilaian serta pemantauan keatas pusat latihan daerah dan sekolah sukan negeri dalam program SPTS

Membantu dalam sesi pemilihan pemain

membuat analisa keseluruhan dan menyediakan laporan penuh program untuk dibawa ke mesyuarat Jawatan Kuasa Pembangunan Bolasepak Negara

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKIDs SOCCER DAN PROGRAM SPTS







Laporan Hari Pertama – 5hb September diPerak

Sesi Pagi
Perjumpaan dengan Pegawai Pembangunan Bolasepajk Unit Sukan JPN Perak En , Syed, Pengetua Sekolah Menengah Tasek Damai En. Abu Hanipah b. Hj. Mohd. Isa, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasek Damai En Mohd Suhaimi serta Ketua Jurulatih Remaja Negeri Perak En Raja Azlan Shah telah diadakan.

Kedua-dua sekolah ini menggunakan padang yang sama milik SMK Tasek Damai
Kedua-dua Pengetua dan Guru Besar telah bersetuju memberikan kerjasama penuh untuk menjayakan program ini. Persetujuan juga telah dicapai berhubung jadual latihan, tempat pemyimpanan peralatan, tempat letak kereta ibu bapa pemain serta memyediakan syarat-syarat lawatan ibu bapa bagi menjamin keselamatan pemain.

Kesemua pihak ini akan mengadakan mesyuarat bersama dengan Persatuan Bolasepak Negeri Perak apabila menerima surat arahan dari Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia yang dijangkakan akan sampai dalam minggu ini

Sesi Petang
Pembantu Teknikal En.Ibrahim Hj Mohamed dan Jurulatih Penjaga gol En Lim Chuan Chin dan Ketua Jurulatih Remaja Negeri Perak Raja Azlan Shah telah mengendalikan kesemua sesi latihan pada sebelah petang

Seramai 23 jurulatih dari program SPTS dan Mykid Soccer dan 25 pemain bawah 12 tahun telah menghadiri sesi ini.

Jurulatih telah diajar tentang cara memanaskan badan dengan betul,kaedah mengajar dan cara mengajar pemain bawah 12 tahun serta teknik kawalan bola

Jurulatih juga telah dinilai dari segi penampilan, penyampaian, pemerhatian terhadap latihan serta cara membuat pembetulan kepada pemain

Sokongan dari ibu bapa serta kelab persendirian dalam menghantar pemain juga amat menggalakkan

Sekian laporan hari pertama:

Ibrahim Hj Mohamed