Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts
Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Peluang Menyambung Pelajaran di Cyberlink

Pihak Cyberlink telah berbesar hari untuk menaja sebanyak 10 tempat kepada pemain-pemain bola sepak yang berkelayakkan untuk meneruskan pembelajaran mereka di universiti tersebut.Buat masa ini pihak Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara telah menamakan 5 orang pemain Harimau Muda B untuk melanjutkan pelajaran di Kolej tersebut.


Nama : MUHAMMAD NAIM BIN ZAKARIA
Tarikh lahir : 26 JANUARI 1993
Umur : 18 TAHUN
Warganegara : MALAYSIA
Tempat lahir : PULAU PINANG
Pendidikan : SPM (4C, 2B, 1D, 1E) – SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
PMR (6C, 2D) – SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU
Pengalaman :
1. MEWAKILI PASUKAN REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 12 HINGGA BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN
2. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE PERTANDINGAN LIGA PREMIER 2011
3. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE KEJOHANAN AFF U19 DI YANGON, MYANMAR
4. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE KEJOHANAN NEWSPAPER CUP DI GIALAI, VIETNAM



Nama : AHMAD FAIZAL BIN SUMAR
Tarikh lahir : 18 JANUARI 1993
Umur : 18 TAHUN
Warganegara : MALAYSIA
Tempat lahir : KAPAR, KLANG
Pendidikan : SPM (3C, 3D, 1E, 1B) – SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

Pengalaman :
1. MEWAKILI PASUKAN REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 12 HINGGA BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN
2. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE PERTANDINGAN LIGA PREMIER 2011
3. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE KEJOHANAN AFF U19 DI YANGON, MYANMAR
4. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE KEJOHANAN NEWSPAPER CUP DI GIALAI, VIETNAM


Nama : MOHD SYUHIRAH BIN ZAINAL
Tarikh lahir : 24 JANUARI 1993
Umur : 18 TAHUN
Warganegara : MALAYSIA
Tempat lahir : KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Pendidikan : SPM (3C, 2D, 3E) – SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
PMR (3B, 2C, 2D) – SEKOLAH MENENGAH SULTAN SULAIMAN
Pengalaman :
1. MEWAKILI PASUKAN REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 12 HINGGA BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN
2. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE PERTANDINGAN LIGA PREMIER 2011
3. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE KEJOHANAN AFF U19 DI YANGON, MYANMAR
4. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE KEJOHANAN NEWSPAPER CUP DI GIALAI, VIETNAM



Nama : MUHAMMAD AKRAM BIN MAHINAN
Tarikh lahir : 9 JANUARI 1993
Umur : 18 TAHUN
Warganegara : MALAYSIA
Tempat lahir : KULIM, KEDAH
Pendidikan : SPM (2B, 4C, 1D, 1E) – SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

Pengalaman :
1. MEWAKILI PASUKAN REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 12 HINGGA BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN
2. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE PERTANDINGAN LIGA PREMIER 2011
3. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE KEJOHANAN AFF U19 DI YANGON, MYANMAR
4. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE KEJOHANAN NEWSPAPER CUP DI GIALAI, VIETNAM



Nama : MUHAMMAD ARIFF BIN ZULKIFLY
Tarikh lahir : 1 MEI 1993
Umur : 18 TAHUN
Warganegara : MALAYSIA
Tempat lahir : AMPANG, SELANGOR
Pendidikan : SPM (5A, 2C, 1G) – SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
PMR (3A, 1B, 4C) – SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR
Pengalaman :
1. MEWAKILI PASUKAN REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 12 HINGGA BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN
2. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE PERTANDINGAN LIGA PREMIER 2011
3. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE KEJOHANAN AFF U19 DI YANGON, MYANMAR
4. MEWAKILI PASUKAN KEBANGSAAN HARIMAU MUDA B KE KEJOHANAN NEWSPAPER CUP DI GIALAI, VIETNAM

Friday, July 8, 2011

Harimau terpaksa telan

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

Ong Kim Swee menunjukkan saingan Kumpulan C dalam tulisan Jepun selepas cabutan undian pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 di Rumah AFC dekat Bukit Jalil, semalam. Malaysia diundi bersama Jepun, Bahrain dan Syria. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka, Malaysia tidak punyai pilihan melainkan bakal berdepan gergasi-gergasi Asia dalam misi untuk layak ke Sukan Olimpik London tahun depan.

Pada majlis undian yang dilangsungkan di Ibu Pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil semalam, skuad Harimau Muda diletakkan dalam Kumpulan C bersama pemenang pingat pingat emas Sukan Asia Guangzhou 2010, Jepun di samping Bahrain dan Syria.

Dapat mengelak bertemu Australia, Korea Selatan, Iraq, Qatar mahupun Uzbekistan mungkin dianggap sebagai undian yang memihak Malaysia, namun dua negara Asia Barat yang bakal dihadapi anak-anak buah Ong Kim Swee bukanlah calang-calang pasukan.

Lebih getir, Harimau Muda akan bertandang ke Jepun bagi aksi pembukaan pada 21 September ini.

Negara Matahari Terbit - Jepun, tiada perlunya untuk diuar-uarkan keunggulan pasukan itu dalam kancah bola sepak Asia.

Skuad Blue Samurai adalah satu-satunya pasukan dari benua ini yang pernah meraih pingat dalam sejarah sejak acara bola sepak mula diperkenalkan pada 1990 di Paris. Mereka meraih gangsa di Mexico City 1968.

Malaysia pula pernah tampil sekali pada Munich 1972, sementara Syria pula beraksi sekali pada Moscow 1980 - temasya yang Malaysia layak tetapi diboikot. Syria ketika itu menggantikan Iran yang turut menyertai boikot tersebut.

Bahrain yang merupakan satu-satunya pasukan dalam Kumpulan C yang masih belum pernah layak ke saingan temasya sukan terbesar dunia itu, pastinya mengintai peluang mengulangi kejayaan skuad senior mereka layak ke Piala Dunia 2010.

Setiap juara kumpulan akan menempah tiket automatik ke London, sementara tiga naib juara kumpulan akan bertembung sesama sendiri untuk merebut slot terakhir, dengan pemenangnya akan bermain dalam perlawanan penentuan bertemu pasukan dari Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Kim Swee yang ditemui selepas majlis semalam menyifatkan keputusan undian tersebut sebagai 'tidak banyak berbeza' memandangkan Malaysia diletakkan sebagai pasukan tercorot di kalangan 12 pasukan.

"Sebelum undian lagi saya tahu kita bakal mengharungi ujian getir berdepan pasukan-pasukan terkuat Asia, jadi undian sebentar tadi tidak membawa sebarang perbezaan.

"Jepun, seperti kita tahu, baru memenangi pingat emas Sukan Asia tahun lalu dan saya percaya masih ada sebilangan besar pemainnya dikekalkan dalam skuad Olimpik.

"Syria pula ialah pasukan yang sentiasa beraksi cemerlang dalam kejohanan remaja AFC, begitu juga Bahrain, antara pasukan gergasi Asia," ujarnya.

Mengenai perlawanan pembukaan di Jepun dua bulan akan datang, Kim Swee berkata, dia akan cuba mengaturkan perlawanan persahabatan dengan skuad Olimpik Korea Selatan sebelum bertandang ke Jepun.

Katanya, perlawanan menentang Korea Selatan akan memberi input terbaik mengenai Jepun kerana kedua-dua pasukan tersebut mempunyai ciri yang hampir serupa.

"Dari aspek cuaca, saiz fizikal, corak permainan, Korea dan Jepun tidak banyak berbeza, maka daripada perlawanan itu kita akan lebih bersedia menghadapi Jepun pada aksi sebenar nanti.

"Pendekatan sedemikian adalah sama seperti persiapan sebelum turun menentang Lebanon tempoh hari di mana kami bersinggah di Qatar terlebih dahulu untuk aksi pemanas badan sebelum perlawanan kelayakkan," jelasnya.

Sambil mengharapkan tuah beraksi di laman sendiri, Kim Swee mengakui tiga perlawanan yang dilangsungkan di tanah air harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk memburu mata penuh.

"Tiga perlawanan di sini adalah sangat penting untuk kita cipta kejutan dan lakar kemenangan. Saya yakin dengan adanya perancangan rapi tiada apa yang mustahil," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Jepun, Hiromi Hara enggan mendabik dada biarpun pada hakikatnya pasukannya diundi dalam kumpulan yang agak mudah.

Hiromi juga menjangkakan saingan sengit datangnya daripada Malaysia pada aksi pembukaan nanti.

"Malaysia sebuah pasukan yang kuat, mereka memiliki pemain-pemain yang mantap," tambahnya.

Friday, June 24, 2011

Sekitar Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik 2012



Malaysia 2 Lubnan 1

Walaupun ramai yang merasakan peluang pasukan Malaysia agak tipis namun pasukan muda ini berjaya membuktikan ramuan yang diatur oleh jurulatih berjaya merobek benteng pertahanan pasukan Lubnan.

Peminat bola sepak mula memasuki stadium Nasional Bukit Jalil seawal jam 5 dengan pasukan Ultras Malaya menghangatkan suasana dengan sorakan dan laungan yang mengentarkan jiwa. Walaupun jumlah penonton kurang berbanding perlawanan akhir piala AFF namun ia tidak melunturkan semangat pemain-pemain yang berjaya meledakkan 2 gol pada separuh masa pertama.

Kekasaran yang dilakukan oleh Gary Steven yang seterusnya dilayangkan kad merah hampir-hampir meranapkan peluang negara untuk layak ke pusingan seterusnya. Apapun pujian harus diberikan kepada pasukan ini kerana berjaya membukti Malaysia Boleh.

Sedikit Maklumat Berkenaan Kelayakan Olimpik Harimau Muda

For Information 12 teams qualified to Second Round
(Grouping Stage) for Olympic Games Qualifier Asian Zone.

Middle East Country
1. Qatar 2. Iraq 3. Bahrain 4. Syria 5. United Arab Emirates 6. Saudi Arabia 7. Oman

East Asia
8. Japan 9. South Korea

South Asia
10. Uzbekistan

South East Asia
11. Malaysia
12. Australia


Second round
Main article: 2012 AFC Men's Pre-Olympic Tournament Second Round
The 12 winners above from the first round will be drawn into 3 groups of 4. The winner of each group will advance to the Olympic Games while each runner-up will advance to the play-off round. The draw will be held at the AFC House on July 7.[5]

Matches are scheduled for 21 September 2011, 23 and 27 November 2011, 5 and 22 February 2012 and 14 March 2012.

Play-off round

The three runners-up from the second round groups will play each other at a neutral venue on 25, 27 and 29 March 2012. The winner of the group will advance to play the fourth-ranked CAF team in a play-off for a spot at the Olympic Games.