Kuala Lumpur - Pihak Majlis Sukan Negara selaku urus setia Program Pembangunan Bola Sepak Negara iaitu program nasional usahasama di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memartabatkan mutu sukan bola sepak negara telah mengadakan Majlis Perasmian Bengkel Penyelarasan Bola Sepak dan Pelancaran Logo Program Pembangunan Bola Sepak Negara di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 2011.
Majlis perasmian dan pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Razali Hj. Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara. Turut hadir adalah YBhg. Dato' Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN). Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan lain iaitu YBhg. Dato' Hamidin Mohd Amin, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM); YBhg. Dato' Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tuan Haji Harmiles Daramin, wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dell Akbar Khan, ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan Bola Seoak Negara dan lain-lain tetamu jemputan yang terdiri daripada Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN), penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol dan Ketua Unit Sukan Negeri / Pengerusi Teknik Negeri Sukan Bola Sepak / wakil.
Majlis turut mengumumkan pelantikan En. Lim Kim Chon sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia merangkap Ketua Pembangunan Bola Sepak Remaja Kebangsaan bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk merancang, menyelaraskan dan memantau program pembangunan bola sepak di semua peringkat umur. En. Lim Kim Chon berpengalaman luas di dalam program pembangunan bola sepak di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Teknikal Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dari tahun 1999 hingga 2001 sebelum diberi kepercayaan dan dinaikkan pangkat untuk dilantik sebagai Pengarah Teknikal AFC dari tahun 2001 hingga 2004. Selain itu, En. Lim Kim Chon juga adalah ahli kumpulan 'Technical Study Group (TSG)' yang telah dilantik oleh pihak 'Federation Internationale de Football Association (FIFA) untuk bertugas semasa Piala Dunia Korea / Japan 2002 dan Piala Dunia Germany 2006. Adalah satu penghormatan buat Malaysia apabila beliau dipilih sebagai salah seorang daripada dua (2) wakil dari setiap benua untuk membentuk FIFA TSG. Hanya 12 individu berkelayakan dari seluruh dunia dilantik oleh pihak FIFA untuk bertugas sebagai ahli TSG semasa Piala Dunia berlangsung. Didoakan semoga pengalaman luas beliau khususnya di dalam program pembangunan bola sepak dapat membentuk satu kelompok pemain muda berkualiti yang dapat merealisasikan impian Malaysia untuk beraksi buat julung kali di pentas Piala Dunia suatu hari nanti.
Bengkel Penyelarasan Bola Sepak yang dikelolakan buat julung kali melalui program ini melibatkan penyertaan 12 Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) dan 38 pembantu jurulatih yang 11 daripadanya adalah merupakan jurulatih penjaga gol. Hanya KJRN dari Perlis dan Pahang yang tidak dapat hadir untuk bengkel selama enam (6) hari kendalian En. Lim Kim Chon dan dibantu En. Lim Chuan Chin yang akan bertanggungjawab untuk membentuk satu kumpulan jurulatih penjaga gol yang berkualiti.
Sekian, laporan dari Unit Bakat - Bola Sepak.
Thursday, June 30, 2011
Majlis Perasmian Bengkel Penyelarasan Bola Sepak dan Pelancaran Logo Program Pembangunan Bola sepak Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Panjangnya laporan
ReplyDeleteTahniah jawatankuasa kerana mula mengorak langkah membangunkan sukan bola sepak tanah air
ReplyDeletebagus!!!keep d good work!!terima kasih kerana berkongsi maklumat2 terkini tentang pembangunan bola sepak negara.Harap dapat diteruskan!!
ReplyDelete