Monday, October 24, 2011

Laporan Pemantauan Dan Sesi Latihan Program Pembangunan Bolasepak Negara

Salam 1 Malaysia.

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  19 OKT  – 23 OKT 2011

Laporan hari pertama – 19 Okt 2011- Kota Bahru, Kelantan

Sesi 1  8-30 pagi
Seramai 20 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer dan jurulatih SPTS serta 20 pemain menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SK Kubang Kerian 1, Kota Bahru ini.

En, Mohd Nor Bidin KJRN Terengganu dan En Abd.Rahim Ahmad  KJRN Kelantan telah bersama-sama melatih Jurulatih dan pemain dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan koordinasi tanpa bola bagi memantapkan kepantasan ,kekuatan dan
keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan.

Sesi 2 jam 3-30 petang
Jurulatih dan pemain telah dididik dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan  koordinasi dengan bola serta
latihan Ball Feeling.

Latihan diakhiri dengan latihan kawalan dan menjaring gol.dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka

En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 2 jurulatih dan 20 pemain. Latihan-latihan asas memanaskan badan dan  teknik tangkapan telah diperkenalkan.

Sesi latihan berakhir pada pukul 5-30 petang

Sekian. Terima kasih.

Ibrahim Hj Mohamed

No comments:

Post a Comment