Monday, July 25, 2011
LAPORAN PERTANDINGAN AKHIR PIALA KPM (B14)
Salam 1 Malaysia,
PERLAWANAN AKHIR LIGA PIALA MENTERI PELAJARAN MALAYSIA (B14)
Tempat : Stadium Langkawi, Kedah
Masa : 4-00 petang
Pasukan: SMK Bukit Nanas (Terengganu) vs SMK Seri Kota (Melaka)
Keputusan: SMK Bukit Nanas 2 (Johan)
SMK Seri Kota 1 (Naib Johan)
Perlawanan akhir Liga Piala Menteri Pelajaran Malaysia bagi tahun 2011 ini telah dilangsungkan dengan sengit dimana kedua-dua pasukan sering melakukan serangan balas. SMK Bukit Nanas lebih banyak menggunakan hantaran hantaran tinggi manakala SMK Seri Kota lebih banyak menyerang dengan hantaran hantaran leret.
Pada minit ke 12 separuh masa pertama SMK Seri Kota telah memulakan jaringan melalui penyerang Muhamad Haziq Iskandar. Pada separuh masa kedua SMK Bukit Nenas telah berjaya menyamai jaringan hasil tendangan penalti oleh penyerang mereka Mohd zarulizwan Bin Mazlan. Di minit-mint akhir perlawanan Mohd zarulizwan telah menjaringkan gol kemenangan buat SMK Bukit Nanas untuk menewaskan SMK Seri Kota dengan keputusan 2 - 1
Terima Kasih
IBRAHIM HJ MOHAMED
PERLAWANAN AKHIR LIGA REMAJA KPM-FAM (BAWAH B17 TAHUN)
PERLAWANAN AKHIR LIGA REMAJA KPM-FAM (BAWAH B17 TAHUN)
Tempat : Stadium Langkawi, Kedah
Masa : 8-30 malam
Pasukan : SMK Tengku Anum (TATAR ) (Kedah) vs SMK Syed Hassan (Perlis)
Keputusan: SMK Tengku Anum 2 (Johan)
SMK Syed Hassan 1 (Naib Johan)
Perlawanan akhir Liga Remaja KPM-FAM bawah 17 tahun bagi tahun 2011 ini telah wakili oleh pasukan dari Utara Tanah Air iaitu SMK Tengku Anum (TATAR ) (Kedah) melawan SMK Syed Hassan (Perlis)
Perlawanan dijalankan dengan sengit dimana kedua-dua pasukan sering melakukan serangan balas. SMK Syed Hassan lebih banyak menguasai permainan dan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Ini menyebabkan permainan semakin bertambah keras dan akhirnya Kedah kehilangan 1 orang pemain akibat dilayangkan kad merah
Walau pun kekurangan 1 pemain SMK Tengku Anum berjaya bertahan dan membawa permainan ke tambahan masa setelah perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan disepanjang 90 minit perlawanan.
Dalam masa tambahan ini SMK Syed Hassan berjaya mendahului jaringan melalui tandukan penyerang Muhammad Amirul bin Husin.SMK Tengku Anum berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohammad Fareez Fitri Mohamad Iskandar. Diseparuh masa kedua tambahan masa SMK Tengku Anum berjaya menghasilkan gol kemenangan melalui jaringan penyerang Muhammad Shafiq Ahmad seterusnya menjuarai pertandingan perlawanan akhir Piala Liga Remaja KPM-FAM Bawah 17 tahun inidengan keputusan . SMK Tengku Anum (TATAR ) (Kedah) - 2 dan SMK Syed Hassan (Perlis) - 1
Laporan di sediakan oleh:
IBRAHIM HJ MOHAMED
Maklumat Penjualan Tiket Malaysia Lawan Singapore
26 dan 27 Julai – 9 pagi hingga 7 malam.
28 Julai - 9 pagi hingga waktu rehat perlawanan
Penjualan tiket kepada penyokong Malaysia dan Singapura adalah seperti berikut:
Penyokong Singapura:
a. Penjualan Tiket dan Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Biru.
Penyokong Malaysia
a. Penjualan Tiket di Pintu Kuning dan Pintu Merah
b. Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Merah.
Untuk makluman, tiket-tiket akan dijual secara online mulai Rabu, 20 Julai 2011.
Harga tiket adalah RM50 (tempat duduk utama), RM30 (tempat duduk terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara online boleh berbuat demikian melalui laman web berikut: www.tickethotline.com.my.
Selain itu, tiket-tiket juga akan dijual di beberapa lokasi lain seperti berikut:
26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam
Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama.
2. 2. Stadium Shah Alam. Di Pintu A.
Persatuan memohon kerjasama pihak media untuk menyiarkan maklumat di atas bagi memudahkan peminat-peminat bolasepak membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.
Sekian, terima kasih
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, July 22, 2011
Tuesday, July 19, 2011
Thursday, July 14, 2011
Friday, July 8, 2011
Harimau terpaksa telan
tan.mingwai@utusan.com.my
Ong Kim Swee menunjukkan saingan Kumpulan C dalam tulisan Jepun selepas cabutan undian pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 di Rumah AFC dekat Bukit Jalil, semalam. Malaysia diundi bersama Jepun, Bahrain dan Syria. - BERNAMA
KUALA LUMPUR - Seperti dijangka, Malaysia tidak punyai pilihan melainkan bakal berdepan gergasi-gergasi Asia dalam misi untuk layak ke Sukan Olimpik London tahun depan.
Pada majlis undian yang dilangsungkan di Ibu Pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil semalam, skuad Harimau Muda diletakkan dalam Kumpulan C bersama pemenang pingat pingat emas Sukan Asia Guangzhou 2010, Jepun di samping Bahrain dan Syria.
Dapat mengelak bertemu Australia, Korea Selatan, Iraq, Qatar mahupun Uzbekistan mungkin dianggap sebagai undian yang memihak Malaysia, namun dua negara Asia Barat yang bakal dihadapi anak-anak buah Ong Kim Swee bukanlah calang-calang pasukan.
Lebih getir, Harimau Muda akan bertandang ke Jepun bagi aksi pembukaan pada 21 September ini.
Negara Matahari Terbit - Jepun, tiada perlunya untuk diuar-uarkan keunggulan pasukan itu dalam kancah bola sepak Asia.
Skuad Blue Samurai adalah satu-satunya pasukan dari benua ini yang pernah meraih pingat dalam sejarah sejak acara bola sepak mula diperkenalkan pada 1990 di Paris. Mereka meraih gangsa di Mexico City 1968.
Malaysia pula pernah tampil sekali pada Munich 1972, sementara Syria pula beraksi sekali pada Moscow 1980 - temasya yang Malaysia layak tetapi diboikot. Syria ketika itu menggantikan Iran yang turut menyertai boikot tersebut.
Bahrain yang merupakan satu-satunya pasukan dalam Kumpulan C yang masih belum pernah layak ke saingan temasya sukan terbesar dunia itu, pastinya mengintai peluang mengulangi kejayaan skuad senior mereka layak ke Piala Dunia 2010.
Setiap juara kumpulan akan menempah tiket automatik ke London, sementara tiga naib juara kumpulan akan bertembung sesama sendiri untuk merebut slot terakhir, dengan pemenangnya akan bermain dalam perlawanan penentuan bertemu pasukan dari Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).
Kim Swee yang ditemui selepas majlis semalam menyifatkan keputusan undian tersebut sebagai 'tidak banyak berbeza' memandangkan Malaysia diletakkan sebagai pasukan tercorot di kalangan 12 pasukan.
"Sebelum undian lagi saya tahu kita bakal mengharungi ujian getir berdepan pasukan-pasukan terkuat Asia, jadi undian sebentar tadi tidak membawa sebarang perbezaan.
"Jepun, seperti kita tahu, baru memenangi pingat emas Sukan Asia tahun lalu dan saya percaya masih ada sebilangan besar pemainnya dikekalkan dalam skuad Olimpik.
"Syria pula ialah pasukan yang sentiasa beraksi cemerlang dalam kejohanan remaja AFC, begitu juga Bahrain, antara pasukan gergasi Asia," ujarnya.
Mengenai perlawanan pembukaan di Jepun dua bulan akan datang, Kim Swee berkata, dia akan cuba mengaturkan perlawanan persahabatan dengan skuad Olimpik Korea Selatan sebelum bertandang ke Jepun.
Katanya, perlawanan menentang Korea Selatan akan memberi input terbaik mengenai Jepun kerana kedua-dua pasukan tersebut mempunyai ciri yang hampir serupa.
"Dari aspek cuaca, saiz fizikal, corak permainan, Korea dan Jepun tidak banyak berbeza, maka daripada perlawanan itu kita akan lebih bersedia menghadapi Jepun pada aksi sebenar nanti.
"Pendekatan sedemikian adalah sama seperti persiapan sebelum turun menentang Lebanon tempoh hari di mana kami bersinggah di Qatar terlebih dahulu untuk aksi pemanas badan sebelum perlawanan kelayakkan," jelasnya.
Sambil mengharapkan tuah beraksi di laman sendiri, Kim Swee mengakui tiga perlawanan yang dilangsungkan di tanah air harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk memburu mata penuh.
"Tiga perlawanan di sini adalah sangat penting untuk kita cipta kejutan dan lakar kemenangan. Saya yakin dengan adanya perancangan rapi tiada apa yang mustahil," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Teknikal Jepun, Hiromi Hara enggan mendabik dada biarpun pada hakikatnya pasukannya diundi dalam kumpulan yang agak mudah.
Hiromi juga menjangkakan saingan sengit datangnya daripada Malaysia pada aksi pembukaan nanti.
"Malaysia sebuah pasukan yang kuat, mereka memiliki pemain-pemain yang mantap," tambahnya.
Monday, July 4, 2011
Lapuran Bengkel Pelarasan Bolasepak Hari Kelima
Salam 1 Malaysia
BENGKEL PENYELARASAN PROGRAM BOLASEPAK NEGARA
PADA 29 JUN – 4 JUL 2011
MAJLIS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL , KUALA LUMPUR
JADUAL HARI KELIMA– 3 JUL 2011
7-30 am -10.00 am Latihan Amali oleh En.Lim Kim Chon dan jurulatih penjaga gol En.Lim Chuan Chin
Kaedah menjaring gol
· Tanpa tekanan
· Dengan tekanan
· Permainan Kecil
· Ujian amali Jurulatih penjaga gol
11-30 am -12.45 pm Latihan Teori oleh Lim Kim Chon dan jurulatih penjaga gol En.Lim Chuan Chin
Memperkenalkan persiapan fizikal pemain muda
· Personal Psycological Qualities
· Athletic & Physical Abilities
· Performance Ability
· Tactical ability & cognitive Skills
3-00 pm - 5.00pm Latihan Amali oleh En.Lim Kim Chon dan jurulatih penjaga gol En.Lim Chuan Chin
Asas menjaga gol bagi penolong jurulatih
· Pergerakan dan kepantasan kaki
· Tangkapan bola leret
· Tangkapan bola paras dada
· Tangkapan bola lambung
· Balingan bola – leret , paras dada dan lambung
· Tendangan bola – leret, paras dada dan lambung
· Latihan koordinasi
8-00 pm - 9.30pm Kelas Perbincangan oleh En.Ibrahim Hj mohamed
. Kesemua peserta bengkel menghadiri kelas perbincangan dan menyediakan buku manual latihan
Terima kasih
IBRAHIM HJ MOHAMED
Sunday, July 3, 2011
Laporan Bengkel Bolasepak hari ke 4
JADUAL HARI KETIGA –
1 JUL 2011
7-30 am -10.00 am
Latihan Amali oleh En.Lim Kim Chon dan jurulatih penjaga gol En.Lim Chuan Chin
Latihan dimulakan dengan memperkenalkan cara memanaskan badan dengan dan tanpa bola dengan kaedah yang betul dan bersesuaian dengan peringkat umur pemain
Game Specific
· Coordination
Latihan asas penjaga gol
· Tangkapan bola leret
· Tangkapan Bola pertengahan
· Tangkapan bola lambung
11-30 am -12.45 pm Latihan Teori oleh Lim Kim Chon dan jurulatih penjaga gol En.Lim Chuan Chin
Memperkenalkan kriteria pemilihan serta penilaian pemain akar umbi
· Kualiti pemain
· Merancang dan menyediakan sesi latihan untuk penjaga gol
· Gaya, cara dan proses mengajar
· Aspek Psikologi penjaga gol
· Pembangunan pemain
3-00 pm - 5.00pm Latihan Amali oleh En.Lim Kim Chon dan jurulatih penjaga gol En.Lim Chuan Chin
Kaedah asas mengelecek bola
· 1 v 1, 2 v 1, 2 v 2, to 4 v 4
· Permainan kecil
· Goal keeper – keadaan sedia
· Teknik menyedok
· Teknik merangkap
· Teknik w
· Teknik merebah badan
8-00 pm - 9.30pm Kelas teori oleh En.Ibrahim Hj Mohamed
. Pembentangan Program Mykid Soccer – perlaksanaan tugas dan tanggung jawab
Laporan disediakan oleh:
Ibrahim Mohammed