Salam 1 Malaysia.
PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 19 OKT – 23 OKT 2011
PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN
JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 19 OKT – 23 OKT 2011
Laporan hari pertama – 19 Okt 2011- Kota Bahru, Kelantan
Sesi 1 8-30 pagi
Seramai 20 jurulatih terdiri dari jurulatih Mykid Soccer dan jurulatih SPTS serta 20 pemain menghadiri sesi latihan yang dijalankan di SK Kubang Kerian 1, Kota Bahru ini.
En, Mohd Nor Bidin KJRN Terengganu dan En Abd.Rahim Ahmad KJRN Kelantan telah bersama-sama melatih Jurulatih dan pemain dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan koordinasi tanpa bola bagi memantapkan kepantasan ,kekuatan dan
keseimbangan pemain semasa melaksanakan rutin latihan.
Sesi 2 jam 3-30 petang
Jurulatih dan pemain telah dididik dengan pelbagai jenis circuit training khusus untuk latihan latihan koordinasi dengan bola serta
latihan Ball Feeling.
Latihan diakhiri dengan latihan kawalan dan menjaring gol.dan setiap jurulatih diminta untuk mengendalikan sesi ini untuk menilai tahap dan mutu kejurulatihan mereka
En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 2 jurulatih dan 20 pemain. Latihan-latihan asas memanaskan badan dan teknik tangkapan telah diperkenalkan.
Sesi latihan berakhir pada pukul 5-30 petang
Sekian. Terima kasih.
Ibrahim Hj Mohamed
No comments:
Post a Comment