Saturday, October 20, 2012

SSB Patriot Wakili Indonesia Ke Champion of Champions Malaysia

SSB Patriot Wakili Indonesia Ke Champion of Champions Malaysia
Fityan mengakui pihaknya bangga bisa ikut dalam ajang ini.
Nina Rialita, Medan
16 Okt 2012 05:55:00

SSB Patriot Medan (GOAL.com/Nina Rialita)

Sekolah Sepakbola (SSB) Patriot Medan akan mewakili Indonesia dalam turnamen Champion of Champions U-12 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Dalam event yang akan digelar pada 1-9 Desember 2012, selain SSB Patriot Medan juga ada SSB Aramura Papura Barat. Keduanya diundang oleh Majlis Sukan Negara Malaysia.

Manajer SSB Patriot Fityan Hamdy menjelaskan, pihaknya bangga bisa ikut dalam ajang ini. Karena, bagi SSB yang berlokasi di Jalan Air Bersih No 114 Medan, ini kali pertama melakoni pertandingan di luar negeri.

Dia mengatakan, undangan resmi diterima pihaknya dari Majlis Sukan Negara Malaysia pada 9 Oktober 2012.

"Kami bangga bisa ikut serta dalam turnamen ini. Dan, bagi kami ini merupakan hal yang sangat positif dari pihak Majlis Sukan Negara Malaysia yang sudah mengundang kami. Terlebih bisa mengikuti turnamen yang sepakbolanya saat ini lebih maju dari Indonesia," ujarnya kepada GOAL.com Indonesia, Minggu (14/10) sore.

Fityan menegaskan, pihaknya tidak akan sekadar ikut dan menambah pengalaman timnya.

"Undangan ke kami ini, berarti kami dipercaya. Untuk itu kami tidak akan sekadar ikut tapi punya target untuk mencapai partai puncak, bagaimanapun kami juga akan membawa nama Indonesia," ungkap mantan sekretaris tim PSMS di ISL 2011/12 ini.

SSB Patriot yang merupakan semi-finalis Danone Cup kualifikasi Medan 2012 ini, akan diperkuat 18 pemain. Muhammad Aryo dkk akan dilatih Syahril WP dan pelatih kiper Rifo Buwono serta Chief de Mission, Hendra DS.

"Selain 18 pemain, dua pelatih dan 4 ofisial, kami akan berangkat bersama beberapa orang tua anak-anak. Karena mereka [orang tua] ingin ikut untuk juga membantu menjaga anak-anak yang usianya masih sangat muda," tuturnya.

Fityan menambah, sesuai hasil rapat manajemen SSB bersama orang tua, tim akan berangkat pada 29 November.

"Agenda awal, kami harusnya berangkat 30 November atau sehari sebelum tanding pada 1 Desember. Namun, ketua umum [Hendra DS]  inginkan anak-anak bisa punya recovery yang cukup sebelum tanding," bebernya.

"Ini momen yang berharga buat anak-anak. Kami harapkan bisa bertanding dengan maksimal dan mencapai target," pungkasnya. (gk-38)

Thursday, October 4, 2012

HARIMAU MUDA B KE TURKI

KUALA LUMPUR - Bukan Slovakia atau Brazil seperti yang diuar-uarkan sebelum ini menjadi destinasi skuad belia negara khususnya Harimau Muda A, sebaliknya Pusat Latihan Antalya, Turki yang bakal menyambut Harimau Muda B mulai pertengahan November ini. Dengan meneruskan matlamat untuk menjadikan skuad bawah 19 tahun itu sebagai pembekal pemain kebangsaan, mereka bakal ke sana selama sebulan dan dijadualkan menghadapi enam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara, Dato' Razali Hj. Ibrahim berkata, kem latihan dan enam perlawanan itu bertujuan pendedahan memandangkan pusat latihan Antalya turut menempatkan beberapa lagi pasukan bawah umur negara lain dan tuan rumah.

"Penghantaran pasukan ini turut akan meneruskan matlamat menjadikannya (skuad Harimau Muda) sebagai pembekal pemain kebangsaan," kata Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa di Bangunan Parlimen di sini, semalam.

Difahamkan siri persahabatan itu turut melibatkan pasukan belia Norway di samping dua lagi pasukan yang akan dikenalpasti kelak dan kemungkinan sebuah pasukan bawah 19 tahun Turki sendiri. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato' Azzuddin Ahmad menjelaskan, cadangan ke Slovakia tidak dapat diteruskan kerana tarikhnya berada di luar musim liga dan tiada pasukan yang dapat mengesahkan bagi perlawanan persahabatan.

"Rancangan ke Brazil seperti yang disebut-sebut sebelum ini cuma satu undangan melawat sebuah pusat latihan bola sepak di sana yang terletak 350 kilometer dari Sao Paolo dan bukannya tawaran bermain dalam mana-mana liga mereka (bagi Harimau Muda A atau B)," jelasnya. Kata Razali, matlamat Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang dikendalikan jawatankuasanya kini diperluaskan kepada mencapai kelayakan ke pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 dan 20 Tahun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 2019.

"Terdapat 1,647 pemain di bawah program ini yang berada di Pusat Latihan Daerah di kesemua 14 negeri dan kami akan cuba melantik tambahan 98 jurulatih baru selain membuka dua pusat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

"Sebanyak 90 peratus daripada mereka, akan ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar dan Gambang, Kuantan. Mereka bakal dikecualikan bermain sukan lain supaya khusus kepada bola sepak sahaja," katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121003/su_03/Harimau-Muda-B-ke-Turki



Wednesday, October 3, 2012

TAKLIMAT URUSETIA UNIT BOLA SEPAK BERSAMA KETUA UNIT SUKAN, JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN)

Pulau Pinang - Satu sesi taklimat Urusetia Unit Bola Sepak bersama Ketua Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) telah diadakan pada 29 September 2012 di Pusat Kecemerlangan Sukan Pulau Pinang. Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pengarah Teknikal FAM merangkap Ketua Pembangunan Bola Sepak Remaja Kebangsaan, En. Lim Kim Chon telah menyampaikan taklimat berkenaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara kepada semua yang hadir.

Secara dasarnya isu-isu yang timbul sebelum ini dapat disampaikan secara terus dan mendapat sokongan penuh daripada pihak KPM dan JPN sendiri. Beberapa jalan penyelesaian telah dibincangkan dan pihak-pihak yang berkenaan dapat bekerjasama dalam membantu melancarkan pelaksanaan program ini. Antara isu-isu yang dibangkitkan ialah:-

- Unit Teknikal memohon untuk membuat pemantauan ke atas Sukan Sekolah Negeri (SSN) dan Pusat Latihan Daerah (PLD).
- KPM perlu membantu dalam proses permohonan kemasukan pemain-pemain MyKids Soccer bawah 12 tahun ke SSN dan PLD.
- Isu pelepasan Jurulatih Separuh Masa (JSM) dikalangan guru dan murid-murid yang terpilih ke sesi latihan, bengkel atau kursus yang berkaitan.
- Pihak urusetia juga memohon agar pemain-pemain yang telah mewakili negara ke Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun di Saitama, Jepun seramai 25 pemain akan diserapkan ke Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang manakala  pemain lagi dihantar ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, Johor.
- Berkaitan program 1 Murid 1 Sukan yang dilaksanakan oleh KPM, pihak teknikal memohon agar murid / pemain yang berada di dalam Mykids Soccer - Program Pembangunan Bola Sepak Negara dikecualikan dari sukan lain.

Diakhir sesi taklimat, Pn. Ee Hong telah mencadangkan satu sesi taklimat Urusetia Unit Bola Sepak bersama PT Negeri dan Penyelaras Unit Sukan KPM diadakan agar program ini dapat difahami secara menyeluruh oleh pihak yang terlibat bagi memastikan keberkesanan program ini memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak negara.


--
HARRIS TAUFIEQ ZAFRI
Penyelaras Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan