Thursday, September 6, 2012

[LAPORAN] HARI KETIGA - SESI LATIHAN & PEMILIHAN PASUKAN BAWAH 10 TAHUN KEBANGSAAN PADA 27 OGOS - 02 SEPT 2012 DI MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Hari Ketiga – 29hb Ogos 2012
 
Pagi - latihan memanaskan badan, latihan kemahiran bersama bola dan latihan koordinasi

Petang - Latihan memanaskan badan dan ujian kemahiran (Menimang bola, hantaran, menerima dan mengawal bola, mengelecek dan menjaringkan gol)

Ulasan:

Ujian menimang bola telah dibahagikan kepada 5 bahagian dan perlu dilaksanakan dalam masa 1 minit setiap aktiviti:-

1. Kekuda kaki
2. Peha
3. Bahagian dalam kaki
4. Menanduk
5. Rangkuman kesemua bahagian
 
Hampir 85 % pemain didapati amat lemah didalam ujian menimang bola ini. Kebiasaan latihan yang dilakukan pemain dipusat adalah menimang secara rangkuman kesemua bahagian. Jurulatih dipusat ditekankan untuk mewajibkan setiap pemain dipusat melakukan latihan menimang bola ini sebelum memulakan latihan berikutnya  bagi memastikan mutu kawalan bola setiap pemain bertambah baik

Disediakan oleh:
IBRAHIM HJ MOHAMED

No comments:

Post a Comment