Friday, March 2, 2012

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 14 – 18 FEB 2012 JOHOR

Salam 1 Malaysia,

PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT  LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS  PADA  14  – 18 FEB 2012 JOHOR


Laporan hari ketiga – 16 Feb 2012- Johor Bahru


Sesi 1,   7-30 pagi

Sesi sabelah pagi hanya dihadiri oleh jurulatih sahaja. Kesemua jurulatih telah diperkenalkan dengan cara latihan menerima dan mengawal bola.serta latihan latihan dalam situasi permainan kecil 4 v 4  dan 5 v 5

 

En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 7 jurulatih .Latihan-latihan asas menangkap bola leret dan lambung telah dijalankan

Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5

 

Sesi 2, 11.00 pagi

Sesi teori telah dijalankan di bilek mesyuarat sekolah. Kesemua peserta telah diperkenalkan dengan tajuk- tajuk Peranan dan Tanggung jawab Jurulatih

 

Sesi 3 – 3.00 petang

Kesemua 30 jurulatih telah diminta untuk mengendalikan sesi latihan bersama 80 pemain-pemain

Bawah umur 9 hingga 12 tahun. Penilaian terhadap jurulatih dilakukan berdasarkan cara kendalian dan kawalan setiap sesi latihan

 

En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 7 jurulatih .Latihan-latihan asas tangkapan bola telah dijalankan

Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5

 

Sesi latihan berakhir pada pukul 6-15 petang

 

Sekian.Terimakasih.

Ibrahim Hj Mohamed

No comments:

Post a Comment