PROGRAM PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAN SESI LATIHAN UNTUK PEMAIN DAN JURULATIH MYKID SOCCER DAN PROGRAM SPTS PADA 14 – 18 FEB 2012 JOHOR
Laporan hari kedua – 15 Feb 2012- Johor Bahru
Sesi 1, 7-30 pagi
Sesi sabelah pagi hanya dihadiri oleh jurulatih sahaja. Kesemua jurulatih telah diperkenalkan dengan cara latihan memanaskan badan, menimang bola serta latihan ball feeling sabelum latihan sebenar dimulakan.
Jurulatih telah didedahkan dengan latihan latihan hantaran leret serta latihan permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5 berlandaskan konsep tiga segi dan konsep bentuk Diamond. Ini bagi memastikan setiap pergerakan pemain dalam satu unit sentiasa mempunyai " Width dan Depth"
En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 7 jurulatih .Latihan-latihan gerak kerja kaki serta mengendalikan bola telah dijalankan
Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5
Sesi 2, 11.00 pagi
Sesi teori telah dijalankan di bilek mesyuarat sekolah. Kesemua peserta telah diperkenalkan dengan tajuk- tajuk Peranan dan Tanggung jawab Jurulatih
Sesi 3 – 3.00 petang
Kesemua 30 jurulatih telah diminta untuk mengendalikan sesi latihan bersama 80 pemain-pemain
Bawah umur 9 hingga 12 tahun. Penilaian terhadap jurulatih dilakukan berdasarkan cara kendalian dan kawalan setiap sesi latihan
En Lim Chuan Chin pula telah mengendalikan sesi latihan penjaga gol bersama 7 jurulatih .Latihan-latihan asas tangkapan bola telah dijalankan
Latihan diakhiri dengan permainan kecil 4 v 4 dan 5 v 5
Sesi latihan berakhir pada pukul 6-15 petang
Sekian.Terimakasih.
Ibrahim Hj Mohamed
No comments:
Post a Comment